PRESTASI membanggakan diteruskan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super selepas menumpaskan Negeri Sembilan FC 3-1 ketika aksi kedua berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Sabtu.
Dua gol daripada Bergson da Silva serta jaringan Jordi Amat memastikan tiga mata diraih skuad Harimau Selatan yang sekali gus mengekalkan kedudukan mereka dalam carta liga.
Bagaimanapun, kualiti dipamerkan pasukan pelawat tidak boleh dipandang rendah memandangkan ia merupakan perlawanan pertama mereka untuk musim 2024/25.
BACA LAGI: Bukit Tambun harapkan ex-Penang uji Kedah, Selangor buat skuad The Jang 'tersedar'
BACA LAGI: Berjaya kalahkan skuad Jang, kelab Lembah Klang rupanya ada lambakan bintang dari Pantai Timur
Sasaki (kanan) memiliki gaya permainan yang sangat menarik perhatian. — Facebook/Negeri Sembilan FC
Keputusan pengendali NSFC, Azzmi Aziz untuk tidak menerapkan gaya permainan pasif sudah cukup menghiburkan penyokong skuad Jang yang mahu pendekatan sedemikian diteruskan.
Tetapi, sekiranya ditanya rata-rata peminat setia pasukan, mereka sudah tentu melihat import dari Jepun, Takumi Sasaki sebagai bintang baharu Negeri Sembilan FC.
Dia yang terlibat dalam gol dijaringkan Hein Htet Aung beberapa kali mengucar-ngacirkan benteng pertahanan JDT dengan keberanian serta kelincahannya ketika merencanakan gerakan.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemain berusia 26 tahun itu membuatkan penyerang tuan rumah, Heberty Fernandes terjatuh ketika cuba mencuri bola daripadanya.
Dalam satu klip yang kini tular di TikTok, import skuad Jang berkenaan berjaya melepasi pemain tengah skuad Harimau Selatan, Jalil Elias.
Kemudian, Heberty hadir untuk membantu mematahkan serangan Negeri Sembilan FC, namun pergerakan Sasaki terlalu sukar dipatahkan sehingga menyaksikannya terjatuh.
@palatao_bola Heberty MAKAN RUMPUT Sebab Pemain No 7 Takumi Sasaki JDT 3-1 Negeri Sembilan | Liga Super 2024-25 #Palataobola #LigaSuper2024 #jdtforall #negerisembilanfc ♬ original sound - Palatao Bola
Pergerakan Sasaki turut menerima sorakan daripada penyokong JDT yang amat teruja akan kehebatan dimilikinya sehingga ada yang mahu pasukan Selatan tanah air itu mendapatkan khidmatnya.
"Aku penyokong JDT, tetapi minat betul tonton gaya permainannya. Setiap kali terima bola, dia sudah tahu hala tuju," kata HazManZi.
"Bahaya kalau penyokong gunakan ayat 'baik dia ni'. Tahun depan, pasti ada yang masuk meminang," kata Mark Fazley 28.
"Kalau main sedap begini, sudah tentu akan ada yang berminat. Harapnya dapatlah tawaran berbaloi selepas jendela perpindahan dibuka nanti," kata Aizat Randy.
Sasaki sudah menerima perhatian penyokong Negeri Sembilan FC sejak tempoh pramusim selepas pemain sayap tersebut menampilkan skil dimilikinya dalam aksi persahabatan.
Meskipun tidak memiliki pengalaman membanggakan, dia membuktikan bahawa gaya dimilikinya mampu membantu skuad Jang ke tahap lebih baik berbanding musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram