‘Posisi emas Safawi Rasid bukan lagi right wing, sudah tiba masa naik pangkat sebaris legenda no.10’


  • Podium
  • Selasa, 21 Mei 2024

Ratchaburi FC antara pasukan yang berani mengubah posisi Safawi daripada sayap kanan kepada pemain tengah menyerang. — Facebook/Ratchaburi

PEMAIN sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid sedang menikmati momen manis bersama Terengganu FC selepas diberi peluang turun beraksi sebagai kesebelasan utama Sang Penyu bagi saingan Liga Super musim ini.

Safawi masih gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan Liga Super namun impaknya bersama Sang Penyu berjaya membantu Terengganu mengutip empat mata untuk berada di kedudukan kedua liga.

Namun begitu, kelincahan dan kelajuan yang dimiliki Safawi semasa zaman peningkatannya pada 2018-2019 mungkin tidak dapat ditonjolkan kerana penurunan momentum selepas kurang minit permainan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

BACA LAGI: Penyokong TFC hairan Ivan Mamut 'hilang' dalam latihan

BACA LAGI: Manuel Ott sudah tidak macam dulu, Nik Sharif disebut-sebut pengganti ideal

Menurut pandangan peminat bola sepak, Onefootball.my beranggapan posisi emas Safawi, sayap kanan mungkin tidak lagi relevan kerana kelajuannya tidak sama seperti dahulu lagi.

"Posisi emas Safawi Rasid iaitu 'right wing' bukan lagi posisi kegemarannya, mungkin beliau ingin bermain di posisi nombor 10 (pemain tengah serangan) berdasarkan 'pace' yang dimiliki beliau sekarang."

Tidak pelik jika pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner meletakkan Safawi di belakang penyerang kerana ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon pernah berbuat demikian semasa kejohanan Piala AFF 2022.

Malah semasa dipinjamkan ke Thailand bersama Ratchaburi FC juga ketua jurulatih kelab itu meletakkan Safawi sebagai pemain tengah menyerang dalam empat perlawanan divisyen utama liga itu.

Dengan kekuatan kaki kiri, Safawi akan menjadi aset penting buat Terengganu musim ini jika Tomislav berani meletakkannya di belakang Ismaheel Akinade yang sedang bergelut untuk menjaringkan gol buat Sang Penyu.

Mungkin perubahan posisi Safawi akan menjadikannya 'Messi Terengganu' baharu kerana pemain berusia 27 tahun itu juga mempunyai skil gelecekan yang baik ketika bola berada di kaki sama seperti bintang Argentina, Lionel Messi.

Untuk rekod, sepanjang 136 penampilan Safawi dalam kariernya, dia telah menjaringkan 53 gol dan 26 'assist' untuk skuad kebangsaan dan empat kelab yang pernah diwakilinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram