Penyokong TFC hairan Ivan Mamut 'hilang' dalam latihan


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Kelibat Ivan Mamut tidak kelihatan dalam sesi latihan Terengganu FC baru-baru ini. — Facebook/Terengganu FC

PENYOKONG Terengganu FC (TFC) mula menyoalkan ketiadaan penyerang import Croatia, Ivan Mamut dalam sesi latihan pasukan selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan serius dan perlu berehat panjang.

Menerusi ruangan komen media sosial Terengganu, penyokong mula beranggapan pihak pengurusan mahu menghilangkan khidmat Ivan Mamut daripada pasukan meskipun sudah membuat kenyataan bahawa pemain itu cedera.

Mamut sebelum ini terpaksa disisihkan Terengganu kerana mengalami kecederaan 'tendon achilles'.

BACA LAGI: Manuel Ott sudah tidak macam dulu, Nik Sharif disebut-sebut pengganti ideal

BACA LAGI: Kelibat import baharu tiada dalam latihan, mula timbul tanda tanya penyokong Terengganu

Keadaan ini mengakibatkan Mamut perlu menjalani tempoh pemulihan yang lama sebelum dapat kembali membantu skuad Sang Penyu.

"Mamut (Ivan) dihilangkan cara halus," dakwa Rashid Mohamad.

"Mamut, mana Mamut?" ujar Mohd Napi.

"Cuti lama sangatlah Mamut ini," luah Are Jieqq.

"Mamut tak balik lagi ke raya?" soal kata penyokong lain.

Tanpa Mamut mengetuai bahagian serangan, tanggungjawab mengetuai serangan Terengganu kini digalas Ismaheel Akinade dan penyerang muda, Syahmi Zamri.

Nama bekas penyerang Inter Zapresic itu menjadi sebutan penyokong Sang Penyu kerana muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 17 gol.

Mamut turut membantu pasukan gergasi Pantai Timur itu layak ke pentas final Piala Malaysia 2023.

Beliau menyertai dua lagi pemain Terengganu yang terpaksa berehat akibat kecederaan iaitu Azam Azmi Murad dan Hakimi Abdullah.

Walau bagaimanapun, penyokong Terengganu boleh menghela nafas lega kerana Azam dilaporkan sudah mula menjalani latihan ringan bersama pasukan.

Terengganu akan berkunjung ke Penang FC dalam aksi kedua Liga Super pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram