SERANGAN samun dialami penyerang sayap pinjaman Terengganu FC, Akhyar Rashid sudah tentu meninggalkan kesan hebat akan mentaliti pemain kebangsaan itu.
Insiden berkenaan turut menyaksikan bintang tersebut mengalami kecederaan sehingga terpaksa diberikan rawatan di kepala dan anggota lain.
Jadi, tidak hairanlah apabila terdapat khabar angin mengatakan Akhyar akan disisihkan untuk lima ke enam minggu bagi mendapatkan rentak semula di atas padang.
BACA LAGI: Tomi belum tekan butang panik, 2 nama disebut jadi pengganti sementara Akhyar Rashid
BACA LAGI: Akhyar kembali jalani latihan, dijangka beraksi lawan Penang FC
Akhyar menjadi mangsa samun bersenjata awal bulan lalu.
Bagaimanapun, dalam perlawanan baru-baru ini, pemain berusia 25 tahun berkenaan tidak berdepan sebarang masalah untuk kembali ke atas padang ketika menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Dalam perlawanan tersebut, pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu beraksi sepanjang 76 minit dengan beberapa peluang berjaya diciptanya untuk barisan serangan pasukan.
Kesungguhan dipamerkan itu sekali gus membuatkan pengendali skuad Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner berbangga akan kesungguhan dan keazaman ditonjolkannya.
"Walaupun dia tidak berlatih sepanjang dua minggu lalu, dia dapat beraksi dengan cukup baik dalam aksi itu. Terdapat pelbagai momen yang membuatkan saya teruja dan saya tidak kecewa akan gaya permainannya," katanya.
Perlawanan itu berakhir dengan keputusan 0-0 selepas jaringan daripada Manuel Ott dan Nabil Ahmad Latpi dibatalkan kerana adanya kesalahan dibuat ketika gol terbabit dihasilkan.
Tomislav masih mahu membuat perancangan terhadap pasukannya selepas ini. — Facebook/Terengganu FC
Keputusan terbabit menyaksikan Terengganu FC kini berada di tangga kedua selepas dua perlawanan sementara Penang FC menduduki kedudukan kesembilan.
Dalam pada itu, Tomislav turut menyatakan perancangannya untuk mengubah ketumpulan jentera serangan dalam perlawanan akan datang demi meraih tiga mata penting.
"Saya mahu anak-anak buah saya untuk menunjukkan keberanian dan mempercepatkan gaya permainan. Saya berasakan perubahan pemain perlu dibuat.
"Ia bukanlah kerana kami bermain dengan mengecewakan, tetapi kadang-kadang pemain di bangku simpanan juga perlu dimainkan," kata pengendali dari Croatia terbabit. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram