PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meraih gelaran pertamanya musim ini apabila memenangi Terbuka Thailand selepas menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Beraksi dalam perlawanan akhir yang diadakan pada Ahad, perseorangan utama negara itu tiada masalah untuk memenangi aksi tersebut dengan kemenangan straight set 21-11, 21-10.
Kemenangan tersebut menghadiahkan gelaran pertama Zii Jia pada musim ini serta memecahkan rekod pemain pertama negara yang memperoleh kejuaraan kedua di Terbuka Thailand.
BACA LAGI: Zii Jia mampu cipta rekod di Terbuka Thailand
BACA LAGI: Pentingkah menang lawan Denmark? Zii Jia penentu raih kelebihan psikologi
Untuk rekod, Zii Jia berjaya memenangi kejuaraan ini pada edisi 2022 menewaskan Li Shifeng.
Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia cuma memerlukan 34 minit untuk meraih kejuaraan dengan persembahan cemerlang ditonjolkan oleh bintang negara ini.
Angus jelas mempunyai masalah untuk berdepan Zii Jia dengan kemenangan di set pertama memerlukan 15 minit saja untuk ditamatkan.
Di set kedua, persembahan lebih baik ditonjolkan oleh Zii Jia apabila pada satu ketika dia mendahului 12 mata kejuaraan sebelum Angus berjaya menyelamatkan satu mata.
Tetapi itu memang tidak cukup bagi pemain Hong Kong itu menafikan Zii Jia daripada memperoleh kejuaraan pertamanya musim ini dengan kemenangan bergaya di bumi Thailand.
Momentum kejuaraan Zii Jia pastinya akan dibawa menjelang Sukan Olimpik 2024 yang diadakan di Paris, Perancis. Semestinya, perseorangan utama negara itu menyasarkan pingat emas pula untuk dibawa pulang ke Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram