Terbuka Thailand: Impian juara semakin hampir, Lee Zii Jia ketepi cabaran pemain China untuk ke semifinal


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Lee Zii Jia menghidupkan peluang untuk memburu gelaran Terbuka Thailand kedua dalam kariernya.

PEMAIN perseorangan utama negara, Lee Zii Jia terus menghidupkan peluang untuk memperoleh gelaran Terbuka Thailand buat kali kedua apabila mara ke separuh akhir.

Berdepan pemain China, Lu Guang Zu di suku akhir yang diadakan pada Jumaat, Zii Jia berdepan cabaran sengit untuk meraih tempat ke separuh akhir.

Pemain pilihan keenam kejohanan itu pada mulanya memang diramal akan berdepan cabaran getir di suku akhir. Mujur, Zii Jia berhasil memberikan persembahan terpuji untuk meraih kemenangan.

BACA LAGI: Umno boleh bangkit tanpa tukar Ahmad Zahid, pendekatan ‘data driven’ antara langkah disaran KJ

BACA LAGI: 'Tiada keperluan untuk reformasi pelantikan ahli, Pengerusi SPR'

Keseluruhan perlawanan menyaksikan kedua-dua pemain saling mencuri mata bagi memastikan kemenangan memihak mereka.

Zii Jia berjaya menewaskan Guang Zu 21-13 untuk membolehkannya perseorangan utama negara memenangi set pertama.

Akan tetapi, peningkatan prestasi ditonjolkan oleh Guang Zu apabila pemain China itu bangkit merampas set kedua 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set penentuan, saingan sengit ditampilkan oleh Guang Zu dengan Zii Jia tiada ruang berasa selesa. Akan tetapi, persembahan baik ditonjolkannya berjaya memberikan kemenangan tipis 21-18.

Kemenangan yang diraih dalam tempoh 66 minit itu membolehkan Zii Jia beraksi dalam separuh akhir pertamanya dalam jelajah dunia musim ini. Zii Jia akan turun menentang sama ada Kodai Naraoka atau Chou Tien-chen di separuh akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram