Azam Azih, duo 'ex' JDT patut dalam senarai Fandi Ahmad lawan Kuching City


  • Podium
  • Ahad, 19 Mei 2024

Azam Azih tidak tersenarai dalam perlawanan pertama Sri Pahang menentang KDN FC pada Sabtu lalu.

SRI Pahang FC dalam misi untuk meneruskan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan kedua Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Sarawak pada Ahad.

Skuad kendalian Fandi Ahmad itu sebelum ini berjaya mengutip tiga mata penuh di hadapan penyokong sendiri selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dengan keputusan 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang pada Sabtu minggu lalu.

Namun begitu, Fandi memilih untuk menurunkan beberapa pemain bintang yang cukup dikenali dalam arena bola sepak negara.

BACA LAGI: Sudah ada permata baharu, magis hantaran Azam Azih tetap jadi pilihan fans Tok Gajah

BACA LAGI: Dua import ikut jejak Pereyra Diaz kembali ke pasukan dengan penuh gaya

Jurulatih kelahiran Singapura itu, meletakkan mereka di bangku simpanan dalam perlawanan Liga Super pertama minggu lalu.

Dengan itu, Majoriti senaraikan tiga pemain Sri Pahang wajar diberi peluang beraksi menentang Kuching City pada Ahad:

1. Muhd Nor Azam Azih

Penyokong Sri Pahang mahu kelibat bekas pemain kebangsaan, Muhd Nor Azam Azih berada dalam kesebelasan utama selepas ketumpulan di bahagian serangan Tok Gajah semasa menentang KDN FC minggu lalu.

Azam yang terkenal dengan hantaran magis itu mungkin akan menjadi jawapan bagi ketumpulan bahagian serangan Tok Gajah untuk menewaskan skuad kendalian Aidil Shahrin.

Pemain berusia 29 tahun itu juga antara pemain yang sudah 'masak' dengan taktikal Fandi Ahmad selepas dia berada di Pahang sejak 2015.

2. Adam Nor Azlin

Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Adam Nor Azlin wajar diberi peluang oleh Fandi Ahmad atas faktor pengalamannya bersama skuad kebangsaan dan kancah bola sepak tempatan.

Adam sebelum ini menjadi rebutan banyak pasukan selepas kontraknya bersama JDT tidak disambung dan Sri Pahang menjadi destinasi baharu pemain berusia 28 tahun itu.

Gandingan Adam dan Aleksandar Cvetkovic mungkin akan memberi keseimbangan di bahagian pertahanan Pahang memandangkan Kuching City mempunyai penyrang prolifik seperti Tchetche Kipre.

3. Muhd Syazwan Andik

Pernah tersenarai antara prospek pertahanan kiri terbaik negara, Muhd Syazwan Andik mungkin menjadi jawapan tepat untuk membantu bahagian serangan Pahang lebih berbahaya.

Ini kerana, corak permainan pemain berusia 27 tahun itu boleh dikatakan mirip seperti bintang JDT, La'Vere Corbin-Ong kerana gemar naik ke atas untuk membantu pemain sayap dan penyerang.

Hantaran lintang Syazwan juga sering menghadirkan hasil positif jika bola tepat di kaki rakan sepasukan.

Dengan Pahang yang menurunkan Kpah Sherman sebagai penyerang tunggal, mungkin Syazwan boleh memberikan keseimbangan dari segi pertahanan dan serangan Tok Gajah nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram