KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) gagal mengutip tiga mata di halaman sendiri selepas tewas di tangan Sabah FC dengan keputusan 2-3 pada Jumaat malam.
Kijang Emas yang dibimbing oleh pengendali Korea Selatan, Park Jae-hong mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas kepada Sri Pahang 0-1 sekali gus menyaksikan mereka gagal mengutip sebarang mata.
Namun begitu, aksi yang ditampilkan oleh anak-anak buah Jae-hong mendapat pujian kerana memberikan saingan kepada Sabah yang rata-ratanya dibarisi pemain kebangsaan.
BACA LAGI: Pengganti Faisal Halim antara 4 pemain tumpuan pertembungan KDA-Gergasi Merah
BACA LAGI: Selangor FC layan Kedah tanpa 4 tonggak, Nidzam Jamil tetap bersedia
Akan tetapi masih terdapat suara sumbang yang mengkritik ketua jurulatih KDN kerana tidak agresif memberikan arahan kepada pemain di tepi padang.
"Wajib berdiri di tepi padang (setiap 10 minit pun ok), tunjuk reaksi, tak faham berbahasa perkara kedua!
"Komitmen kena tunjuk kepada pemain dan penonton," tegas Ones Sln.
"Cakap sahaja dalam bahasa Korea lama-lama nanti puak (pemain) itu fahamlah," jelas Belalang Kunyits.
"Sebab itu orang kata Rezal Zambry ketua jurulatih KDN FC," ujar Nik Mohd Ashraff.
Bagaimanapun, Jae-hong mempunyai sebab tersendiri untuk tidak agresif memberikan arahan di tepi padang kerana kurang fasih berbahasa Inggeris.
Selepas perlawanan, Jae-hong mengucapkan ribuan terima kasih kepada penolong jurulatih, Rezal Zambery Yahya kerana memudahkan urusannya dari segi komunikasi kepada pemain.
"Jika saya berdiri sepanjang masa tetapi satu pun pemain tidak faham, saya mungkin hanya bercakap sendiri.
"Isu sebenarnya ketua jurulatih Kelantan yang sebenar adalah Rezal Zambery Yahya adalah tidak benar dan ia tidak betul.
"Hampir 80 peratus taktikal dari saya, 20 peratus lagi penambahbaikan dari Rezal Zambery Yahya.
"Mohon maaf atas kekalahan berturut-turut dua kali kepada penyokong, saya berjanji akan memberi segala ilmu yang ada sehingga kita boleh berada di tempat yang lebih baik," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram