KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) memberikan sokongannya terhadap cadangan Palestin untuk menggantung Israel daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan perang berterusan di Gaza.
Sokongan itu dinyatakan Presiden AFC, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dalam ucapan kongresnya di Bangkok, Thailand pada Khamis.
Sheikh Salman menyuarakan sokongannya terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin menjelang kongres FIFA pada Jumaat yang bertujuan untuk menerima sekatan segera dan sewajarnya terhadap pasukan Israel.
BACA LAGI: Dua import ikut jejak Pereyra Diaz kembali ke pasukan dengan penuh gaya
BACA LAGI: Diberi 'masa tambahan', pemilik Kelantan lebih selesa kongsi perkembangan terkini TRW
Gaza mengalami kemusnahan akibat pengeboman berterusan sejak pencerobohan yang mengundang Presiden FIFA, Gianni Infantino, menyentuh perkara itu dalam ucapannya kepada perwakilan ketika menyeru mereka agar bersatu dalam usaha menangani isu-isu dalam dan luar sukan itu.
"Kita semua menderita dengan apa yang berlaku di Palestin. Kami berdoa untuk ibu yang kehilangan anak dan kami berdoa untuk ibu yang kehilangan anak di mana-mana di dunia," katanya.
"Pengaruh bola sepak untuk mengubah situasi tragis di dunia ini hanya sedikit dan apa yang boleh kami lakukan ialah menunjukkan perpaduan kerana bola sepak adalah yang menyatukan semua orang," katanya.
Pada masa sama, badan bola sepak Asia itu juga memansuhkan had penggal bagi pemegang jawatan tertinggi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram