Selangor FC layan Kedah tanpa 4 tonggak, Nidzam Jamil tetap bersedia


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Nidzam Jamil akan membuat penampilan sulung rasmi sebagai ketua jurulatih Selangor.

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan turun sekali lagi ke Lembah Klang bagi berdepan Selangor FC dalam perlawanan kedua Liga Super pada Sabtu.

Perlawanan itu akan menjadi aksi kedua Sang Kenari tetapi skrip berbeza pula buat Selangor yang turun pertama kali musim ini selepas menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat lalu.

Sudah pasti, sentimen simpati atas nasib yang menimpa pemain Selangor, Faisal Halim akan menghiasi perlawanan itu.

BACA LAGI: Pengganti Faisal Halim antara 4 pemain tumpuan pertembungan KDA-Gergasi Merah

BACA LAGI: Bukan Kedah sahaja tiada jersi, Selangor pernah 2 kali pakai design 'recycle'

Bagaimanapun, aksi kedua Liga Super mesti diteruskan dan tiga mata perlu dicari buat kedua-dua pasukan.

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil yakin akan kemampuan anak-anak buahnya menjelang perlawanan berdepan Kedah di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Nidzam mahu setiap pemain menujukkan karakter yang baik demi mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan pertama Gergasi Merah musim ini selepas menarik diri daripada kejohanan Piala Sumbangsih.

"Pemain dan jurulatih telah belajar banyak daripada situasi pasukan musim ini. Ia pastinya bukan situasi yang kami mahukan tetapi saya gembira pemain dapat kembali fokus kepada pasukan.

"Mereka bermotivasi dan bersemangat tinggi bersedia untuk memulakan permainan mereka. Musim Liga Malaysia 2024/25,"

"Karakter pemain di atas padang menjadi keutamaan saya.

"Tidak kira siapa lawan kami, hanya sikap dan karakter yang mereka pamerkan serta dengan dorongan daripada barisan jurulatih akan membantu kita mendapatkan keputusan yang baik.

"Saya yakin kita sudah bersedia untuk beraksi pada malam ini (Sabtu)," katanya.

Untuk rekod, Gergasi Merah telah memenangi empat daripada lima pertemuan Liga Super sebelum ini dengan Sang Kenari, termasuk dua kemenangan musim lalu; keputusan 3-2 di Kelana Jaya dan menang 1-0 di Darul Aman.

Nidzam Jamil akan membuat penampilan sulung rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan, selepas diberi peranan awal tahun ini dan diberi kepercayaan sebagai orang yang bertanggungjawab mengendalikan skuad Gergasi Merah 2024/25.

Selangor kehilangan empat pemain iaitu Faisal Halim, Zikri Khalili, Raimi Shamsul and Izwan Yuslan selepas mengalami kecederaan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram