Dua import ikut jejak Pereyra Diaz kembali ke pasukan dengan penuh gaya


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Diaz (kiri) antara pemain import paling berbahaya dalam Liga Malaysia sebelum kemunculan Bergson da Silva.

TIDAK banyak pemain yang mendapat kepercayaan pihak pengurusan untuk membawa mereka kembali ke dalam pasukan selepas pernah berkhidmat dengan kelab yang diwakilinya itu.

Jika ada, mungkin pemain itu mempunyai rekod yang baik bersama pasukan dan jarang untuk kita melihat pemain import dalam Liga Malaysia ditandatangani semula oleh pihak kelab meskipun mempunyai musim yang baik.

Menandatangani semula import lama dianggap 'rare' kerana pihak pengurusan atau penyokong sering mahukan persembahan yang lebih baik daripada import baharu.

BACA LAGI: Assifuah atau Milos? Tak sampai 2 bulan, duo striker Kedah mula jadi bahan debat siapa paling hebat

BACA LAGI: Ulangi skrip Buriram United, kelibat import baharu JDT tiada dalam sesi latihan

Jadi Majoriti senaraikan tiga pemain import yang ditandatangani semula oleh kelab Liga M:

1. Jorge Pereyra Diaz

Siapa yang tidak mengenali pemain kelahiran Argentina ini selepas dia antara import 'favourite' yang pernah menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT).

Mula menyertai JDT pada 2014, Diaz tidak memerlukan masa yang panjang untuk beradaptasi dengan suasana Liga Malaysia selepas dia menjaringkan 15 gol dalam 29 penampilan.

Setahun selepas itu, Diaz menyertai kelab Argentina, Independiente dan pada 2016 pemain berusia 33 tahun itu kembali mengaum di Harimau Selatan.

Gandingan Diaz dan Juan Martín Lucero berjaya membantunya menjaringkan 55 jaringan dalam 78 penampilan sepanjang kariernya bersama JDT.

2. Safuwan Baharuddin

Persembahan Safuwan Baharuddin pada musim lalu wajar mendapat pujian seluruh penyokong Selangor FC walaupun semasa awal perpindahannya kembali ke Gergasi Merah mendapat tentangan daripada orang ramai.

Pemain kelahiran Singapura itu menyertai Selangor pada 2019 daripada Sri Pahang FC dan beraksi cemerlang sepanjang lima tahun berada bersama Gergasi Merah.

Pada 2022, Safuwan mengalami kecederaan yang memaksa dia berehat panjang sekali gus pihak pengurusan Selangor tidak menyambung kontraknya untuk musim berikutnya.

Tetapi semasa jendela perpindahan kedua Liga Super 2023, Selangor kembali membawa Safuwan untuk memperkuatkan barisan pertahanan.

Pembelian Selangor itu berbaloi apabila Safuwan menjadi antara import yang paling disukai penyokong Gergasi Merah sehinggakan musim ini dia dilantik sebagai kapten pasukan untuk menggantikan Brendan Gan.

3. Manuel Hidalgo

Messi Pahang? Mungkin itulah panggilan sesuai untuk diberikan kepada pemain bertubuh kecil yang kembali ke pangkuan Sri Pahang FC musim ini.

Manuel Hidalgo telah mematahkan ribuan hati penyokong Tok Gajah selepas dia memilih untuk berpindah ke bumi Darul Aman bagi menyempurnakan taktikal 'Nafuzi Ball' pada musim lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Pahang pada 2021 dan kekal sehingga 2022, sepanjang penampilannya bersama Tok Gajah gerakan lincah Hidalgo antara punca penyokong sering memerhatinya di dalam stadium.

Bersama Pahang, Hidalgo telah menjaringan 10 gol dan 14 'assist' dalam 36 penampilan.

Musim ini, Hidalgo sudah pun meledak satu jaringan dalam perlawanan pertama Liga Super antara Pahang dan Kelantan Darul Naim FC menerusi sepakan percuma yang menewaskan penjaga gawang lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram