Piala FA: Legenda Harimau Malaya percaya JDT boleh ulangi pencapaian Sabah, Kuala Lumpur


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Skuad Harimau Selatan sudah menjuarai dua Piala FA berturut-turut bermula 2023. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

UNDIAN Piala FA tahun ini bakal menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam pusingan pertama.

Kelebihan sudah tentu memihak kepada skuad Harimau Selatan yang jauh meninggalkan kelab Pantai Timur itu, baik dari segi reputasi mahupun pencapaian di atas padang.

Namun, persoalannya, mampukah pasukan kendalian Hector Bidoglio itu mencipta sejarah dengan menjulang trofi itu buat kali ketiga berturut-turut?

BACA LAGI: Piala FA: Laluan sukar menanti Terengganu, Kedah dapat jalan mudah

BACA LAGI: 'Comeback' paling manis buat JDT, tundukkan Kedah FC untuk mara final Piala FA 2013

Former veteran international V. Kalimutu drops by at Attapa Seafood to support Kim Seng

Kim Seng (kiri) pernah merasai pelbagai kejayaan sepanjang kariernya.

Melihat kepada sejarah dahulu, hanya dua pasukan yang pernah melakukan perkara berkenaan, iaitu Kuala Lumpur FA (1992-1994) dan Sabah FA (1993-1995).

Bagaimanapun, tiada daripada mereka berjaya mendakap kejuaraan berkenaan tiga kali berturut-turut dengan skuad Warga Kota memenanginya pada 1993 dan 1994 sementara skuad Sang Badak melakukannya pada 1995.

Bagi legenda bola sepak kebangsaan, See Kim Seng, tiada sebab dan penghalang untuk JDT melakar sejarah tanah air melihat kepada gaya permainan dipamerkannya.

"Saya rasa tiada masalah, peluang itu memang cerah. JDT ada peluang amat besar dalam mencatatkan hatrik dalam Piala FA," katanya kepada Majoriti.

Pada 2022, skuad Harimau Selatan menjadi juara dalam pertandingan tersebut buat kali ketiga dalam sejarah kelab selepas mengalahkan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada tahun berikutnya, kejayaan itu diulangi setelah mereka menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Jadi, bagi edisi kali ke-33, semangat pastinya membara buat skuad Harimau Selatan untuk menjadi kelab tanah air pertama menjadi juara dalam Piala FA buat kali ketiga berturut-turut.

Untuk rekod, Kim Seng tidak pernah menjuarai Piala FA sepanjang kariernya, namun pernah menjadi watak utama ketika KL mencatatkan gelaran hatrik dalam Piala Malaysia bermula 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram