'Dah berapa musim dengan JDT', fans Kedah kurang senang diundi sebaris Harimau Selatan dalam Piala FA


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Pemain-pemain Kedah memberikan 'guard of honour' kepada JDT kerana menjuarai Liga Super.

KELAB pilihan, KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) dilihat tidak berdepan masalah untuk menempah slot suku akhir Piala FA apabila diundi berdepan pasukan Liga A1 Semi-Pro, Bukit Tambun FC dalam pusingan kalah mati.

Jika Sang Kenari berjaya layak ke suku akhir, anak-anak buah Nafuzi Zain berkemungkinan bertemu dengan Penang FC atau Sri Pahang FC.

Walaupun Kedah mendapat jalan mudah untuk beraksi di pentas separuh akhir, ada pandangan daripada penyokong yang tidak gembira Sang Kenari sekali lagi diundi sebaris Johor Darul Ta'zim (JDT).

BACA LAGI: Aksi sulung Liga Super berbaki 2 hari, fans kecewa Kedah masih belum rasmi jersi baharu

BACA LAGI: Assifuah atau Milos? Tak sampai 2 bulan, duo striker Kedah mula jadi bahan debat siapa paling hebat

Rata-ratanya penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan undian kerana tahun lalu Kedah juga duduk sebaris bersama JDT dalam kejohanan Piala FA dan Piala Malaysia.

"Mesti duduk dengan JDT, apa punya undi," kata Kapten Leo.

"Undian apa ini,tiap-tiap tahun aku tengok, dekat mana-mana pun mesti akan jumpa JDT," jelas Muhd Zulkifli.

"Kedah mesti akan satu laluan dengan JDT beberapa musim dah," ujar Anuar Zulkifly.

"Jumpa Penang, JDT dah berapa tahun dah, Kedah, Penang dan JDT mesti duduk satu 'side'," luah Sultan Masai.

Untuk rekod, Kedah tahun lalu terkandas di pusingan pertama Piala FA apabila tewas dengan pasukan jiran Penang FC menerusi sepakan penalti 3-4 selepas mereka terikat 2-2 di Stadium Darul Aman, Kedah pada 8 Mac 2023.

Manakala dalam saingan Piala Malaysia, Kedah sekali lagi terkandas di pusingan awal selepas tewas secara agregat 3-4 dengan Perak.

Piala FA tahun ini, Kedah sekali lagi diundi sebaris JDT namun untuk melihat mereka bertembung mungkin tidak kesampaian jika Sang Kenari tewas di pusingan ke-16 ataupun suku akhir.

Penyokong Kedah yakin bahawa mereka akan melangkah ke pentas separuh akhir untuk kejohanan kali ini kerana mempunyai muka-muka baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram