'Comeback' paling manis buat JDT, tundukkan Kedah FC untuk mara final Piala FA 2013


  • Podium
  • Selasa, 30 Apr 2024

Kemenangan berkenaan diraih dengan usaha tidak putus daripada pemain dan staf kejurulatihan JDT. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SEJAK ditubuhkan pada 2013, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menjadi sebuah pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak negara dengan pencapaian demi pencapaian direkodkan.

Bagaimanapun, seperti mana-mana kelab, usaha mereka untuk berada di puncak bukanlah mudah kerana akan ada pencabar hadir dan menyekat hasrat itu daripada dikecapi.

Salah sebuah pasukan yang pernah menguji keunggulan skuad Harimau Selatan ialah Kedah FA dengan pertembungan kedua-dua mereka boleh dianggap aksi 'pecah panggung'.

Barisan pemain terbaik serta semangat dipamerkan penyokong merupakan kunci utama di sebalik sejarah permusuhan ketat antara mereka.

Antara pertembungan paling sukar dilupakan melibatkan kedua-dua kelab itu adalah ketika separuh akhir Piala FA 2016 yang diadakan di Stadium Larkin, Johor pada 30 April tahun berkenaan.

BACA LAGI: Tamparan buat Tok Gajah, bintang pinjaman kini hampir pulang ke JDT

13123167_617045758458727_2897790324770027614_o

Diaz (kanan) menjadi wira skuad Harimau Selatan dengan dua gol. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Skuad Sang Kenari hadir dengan kelebihan selepas meraih kemenangan 2-1 kira-kira dua minggu sebelum itu, namun enggan mendabik dada atas peluang dimiliki.

Bagi JDT pula, aura daripada penyokong di laman sendiri menjadi pemangkin buat skuad kendalian Mario Gomez dalam misi menjulang Piala FA pertama dalam sejarah kelab.

Usaha berkenaan membuahkan hasil apabila mereka meraih kemenangan 3-1, sekali gus mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-3.

Dua gol daripada Jorge Pereyra Diaz dan satu hasil sumbangan Martin Lucero mengesahkan kejayaan itu sementara jaringan Kedah FA diperolehi menerusi Fakri Saarani.

BACA LAGI: Ubi muda Harimau Selatan dah patut naik pangkat ganti Natxo bentuk set 'midfielder' JDT

13226835_624234917739811_833147610514644173_n

JDT berjaya menjulang Piala FA buat pertama kali pada 2016. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Kemenangan itu diraikan puluhan ribu yang membanjiri stadium dengan pemilik kelab, Tunku Ismail Idris turut hadir meraikan sejarah melangkah ke perlawanan akhir itu,

Kejayaan itu dituruti dengan kemenangan dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Selangor menentang PKNS FC yang kemudiannya membantu mereka mencatatkan sejarah baharu.

Bagi Kedah FA pula, kekalahan itu tidak terlalu mengecewakan apabila pada tahun yang sama, mereka berpeluang menjulang Piala Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga sempat membalas dendam terhadap JDT dalam aksi Piala Sumbangsih yang diadakan di Stadium Larkin, Johor pada tahun berikutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram