‘Ini semua salah TMJ’, Tunku Ismail respons dikaitkan 6 insiden luar padang termasuk balai polis diserang JI


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Sesetengah pihak mendakwa Tunku Ismail merupakan dalam berhubung insiden hitam yang berlaku baru-baru ini.

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menjawab tuduhan tidak berasas sesetengah pihak yang mengaitkan beliau dengan beberapa peristiwa hitam membabitkan tiga pemain bola sepak kebangsaan.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor itu menegaskan bahawa nasib malang menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim tidak mempunyai kaitan dengan beliau mahupun beberapa organisasi bola sepak seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Hantaran sarkastik daripada Tunku Ismail itu sekurang-kurang dapat menegur sikap sesetengah yang tidak henti-henti memetik nama beliau dengan insiden yang berlaku dan sekali gus menyeru agar semua pihak bersatu hati melawan keganasan.

BACA LAGI: Dua anggota maut ditembak dan ditetak, suspek bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram

BACA LAGI: Pergerakan masih diekori, Akhyar Rashid disaran pasang 'bodyguard'

"Akhyar kena samun, Faisal kena asid, Safiq Rahim kereta kena pecah. Siti Nur Masyitah kena langgar kereta dan semalam (Khamis) seorang lelaki dari Bagan Serai, Perak ditangkap dan jumpa bom di rumah.

“(Jumaat) Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng dan dua anggota polis ditembak. Semua ini kerja TMJ, FAM, Polis dan MFL. Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak dan berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak.

“Tetapi mara kita beramai-ramai buat solidariti stop violence in football. #inisemuasalahtmj,” katanya di laman Instagram Story pada Jumaat.

Kejadian pertama melibatkan pemain bola sepak ketika penyerang sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar disamun dan dipukul dekat kediamannya di Kuala Terengganu, Terengganu pada 2 Mei oleh individu misteri dengan menggunakan cota.

gambar ulu tiram..

Anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) sementara anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.

Faisal pula menjadi mangsa kedua apabila menjadi mangsa simbahan asid yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang 5 Mei lalu sehingga dilaporkan mengalami kecederaan di badan, tangan dan muka akibat simbahan itu.

Peristiwa ketiga pula menyaksikan kereta milik Safiq dilaporkan dipecahkan dengan tukul besi oleh dua individu tidak dikenali selepas menjalani latihan di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor pada 8 Mei.

Kejadian melibatkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias juga mendukakan peminat sukan negara apabila dia dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram