Kelibat import baharu tiada dalam latihan, mula timbul tanda tanya penyokong Terengganu


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

Tiada kelibat Steenvoorden dalam sesi latihan Sang Penyu. — TFC

PENYOKONG Terengganu FC (TFC) mula berteka-teki dengan status pemain import baharu Sang Penyu, Matthew Steenvoorden selepas kelibatnya tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan.

Perkara itu menjadi bualan selepas pihak media Terengganu memuat naik gambar pasukan latihan Sang Penyu dalam media sosial mereka pada Selasa.

Ketiadaan Steenvoorden dalam sesi latihan mungkin disebabkan kecederaan yang dialami ketika kejohanan empat penjuru yang dimenangi oleh Terengganu.

BACA LAGI: 'Kecederaan Faisal Halim boleh jejaskan karier bola sepak'

2673934

Steenvoorden baru menyertai Sang Penyu pada musim ini. — TFC

Dalam kejohanan itu, Steenvoorden diberi kepercayaan untuk turun menentang dua pasukan iaitu Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum diketepikan menentang TFC II dalam aksi terakhir.

Selepas kejohanan itu, Terengganu menguji kekuatan dengan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) namun kelibat Steenvoorden tidak bersama pasukan.

Sebelum ini, pengambilan Steenvoorden menjadi pendebatan penyokong selepas dia masih belum menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan oleh Steinbruckner.

Steenvoorden yang baharu menyertai skuad kendalian Steinbruckner itu belum mendapat memikat hati penyokong Terengganu dalam aksi pramusim baru-baru ini selepas dia mula dibanding-bandingkan dengan bekas import terdahulu.

Malah penyokong menyuarakan pendapat untuk merekrut kembali bekas import, Pape Diakite yang secara kebetulan sedang bergelar ejen bebas selepas tidak disambungkan kontrak bersama HAGL FC sejak November tahun lepas.

BACA LAGI: Magis 2022, kehilangan Bergson-Roonie jadi 4 momen getir pertembungan epik JDT-Selangor

2673906

Diakite kini merupakan ejen bebas.

Antara komen yang dilontarkan penyokong adalah Steenvoorden masih lagi belum boleh mengadaptasi dengan corak permainan pasukan Liga Malaysia susulan perlawanan pramusim.

"Baik guna pertahanan lokal, Steenvoorden lemah dan masih belum biasa dengan persaingan fizikal pasukan lawan," kata Mie Omar.

"Sepatutnya bawa balik Diakite, sebab masa dia jaga 'back four' Terengganu antara pasukan yang paling sikit dibolosi pihak lawan," ujar Hasnul Hakeem.

"Diakite tengah ejen bebas, lebih baik ambil dia berbanding Steenvoorden yang tak ada pengalaman dalam Liga Malaysia," luah Izahar Nalzor.

Untuk rekod, Diakite mewakili Sang Penyu pada musim 2021-2022 sebelum menyertai kelab Vietnam, HAGL FC secara percuma selepas pihak pengurusan tidak berminat menyambung kontraknya.

Pemain berusia 30 tahun itu tampil dalam 29 perlawanan bersama TFC dan menjaringkan satu gol ketika berkhidmat untuk Sang Penyu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram