Bukan Kedah sahaja tiada jersi, Selangor pernah 2 kali pakai design 'recycle'


  • Podium
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Jersi yang digunakan pemain Selangor pada 2011.

KECOH seketika di Kedah apabila kelab bola sepak mereka, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak melancarkan jersi bagi saingan Liga Super 2024/25 kerana masih tiada penaja utama meskipun saingan liga sudah bermula.

Sang Kenari juga telah tampil dalam perlawanan pertama Liga Super musim ini menentang PDRM FC dengan menggayakan jersi pramusim mereka pada hujung minggu lalu.

Sebelum ini pihak pengurusan Kedah dalam satu kenyataan berkata, pihak pengurusan telah mencapai kata sepakat dengan penaja jersi musim ini iaitu AL Sports Sdn Bhd bagi menangguhkan sementara pelancaran jersi baru sehingga pasukan berjaya mendapatkan penaja utama.

BACA LAGI: Dua import ikut jejak Pereyra Diaz kembali ke pasukan dengan penuh gaya

BACA LAGI: Diberi 'masa tambahan', pemilik Kelantan lebih selesa kongsi perkembangan terkini TRW

Namun begitu, insiden seumpama ini bukan sahaja berlaku kepada kem Sang Kenari, apabila Selangor juga pernah mengalami situasi sama apabila menggunakan jersi lama selepas tidak ada 'design' baharu.

Musim 2011 Selangor mengeluarkan dua 'design home' yang sama cuma dibezakan dengan penaja di atas baju dan 'patch' Liga Super pada bahagian lengan.

Rekaan pada 2011 dibawa ke tahun seterusnya yang mana tiada perubahan corak di antara kedua-dua musim itu.

Main Pix

Jersi Selangor pada musim 2011 dan 2012.

Empat tahun selepas itu, Selangor sekali lagi menerima nasib sama tidak mempunyai jersi baharu apabila menggunakan 'design' baju pada musim 2014.

Perbezaannya pihak pengurusan Gergasi Merah hanya menukar 'font' di bahagian depan jersi yang mana ketika itu tiada sebarang penaja dan hanya tulisan Selangor.

Main Pix (1)|

Jersi Selangor pada musim 2014 dan 2015.

Tuah tidak menukar jersi, Selangor berjaya menjuarai Piala Malaysia 2015 apabila menewaskan Kedah dengan keputusan 2-0 di halaman sendiri.

Mungkin tuah tidak mempunyai jersi itu bakal memberikan kelebihan buat Kedah untuk berada di pentas final seperti yang pernah dilalui Selangor pada 2015. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram