Bangkit ketinggalan satu set, Lee Zii Jia tempah pentas final Terbuka Thailand


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Lee Zii Jia (gambar) bangkit menumpaskan Chou ketika aksi separuh akhir Thailand Open 2024 pada Sabtu. — The Star

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan slot final Terbuka Thailand 2024 pada Sabtu.

Pemain nombor 10 dunia itu bangkit daripada ketinggalan set pertama sebelum menang 18-21, 21-12, 21-13 ketika menentang pemain Taiwan,Chou Tien Chen pada separuh akhir.

Bekas juara All-England itu kini telah menyamakan pertemuan head-to-head dengan Chou yang juga pemain nombor 14 dunia itu.

BACA LAGI: Sang Seladang tersungkur di gelanggang sendiri, Ifedayo wira PDRM

BACA LAGI: Nombor 77 untuk 7, Gergasi Merah puas jaringan 'siuuuu' bergema kecewakan Kedah

msg1050426791-32400

Zii Jia yang bangkit selepas ketinggalan set pertama dalam slot final Terbuka Thailand 2024 pada Sabtu. — Agensi

Selepas ini, Zii Jia akan mempersiapkan diri untuk menentang pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Ia selepas pemain nombor 27 dunia itu menewaskan juara dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand 21-14, 18-21, 21-19 dalam satu lagi aksi separuh akhir sebelum ini. — The Star/S.SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram