Aaron-Wooi Yik jejak semula ranking ke-4 dunia


  • Podium
  • Selasa, 07 Mei 2024

Aaron-Wooi Yik membuat kejutan apabila berjaya mengatasi beregu nombor satu China, Liang Wei Keng-Wang Chang. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

PRESTASI konsisten yang ditunjukkan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melonjakkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

Menerusi kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada Selasa, pasangan lelaki negara itu kini berada di tangga keempat dunia dengan mengumpul 93215 mata.

Aaron-Wooi Yik berjaya memintas kedudukan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen untuk menolak beregu senior dari Denmark itu ke tempat kelima dunia dengan 93053 mata.

BACA LAGI: Dipilih pemain terbaik mingguan di Thailand, Dion Cools beri petanda baik buat Harimau Malaya

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

WhatsApp Image 2024-05-07 at 13.20.01

Aaron-Wooi Yik memintas kedudukan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen untuk berada ranking keempat dunia. — Facebook/BAM

Peningkatan satu anak tangga ini hasil prestasi cemerlang ditampilkan bekas juara dunia itu selepas berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia di Ningbo yang lalu dan juga bergelar naib juara All England 2024.

Selain itu, Aaron dan Wooi Yik juga merupakan antara tonggak utama skuad badminton negara mencatatkan sejarah layak ke separuh akhir Piala Thomas 2024 di Chengdu selepas lapan tahun pada minggu lalu.

Beregu utama negara berkenaan diturunkan bersama dalam empat perlawanan sepanjang kempen Piala Thomas dan berjaya mencatatkan tiga kemenangan termasuklah ke atas pasangan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik mencatat kemenangan pertama berdepan beregu Hong Kong, Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi dengan keputusan 21-16 21-12, manakala menang 21-17 17-21 16-21 menentang Denmark.

Aaron-Wooi Yik terpaksa akur apabila tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam pertarungan tiga set 18-21 21-14 21-19, manakala melakukan kejutan mengatasi beregu nombor satu China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-15 12-21 17-21. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram