Sang Seladang tersungkur di gelanggang sendiri, Ifedayo wira PDRM


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Ifedayo (kiri) ternyata menjadi penyelamat PDRM dalam perlawanan tersebut pada Sabtu. — PDRM

PERLAWANAN Liga Super musim 2024/2025 menyaksikan PDRM FC membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Perak FC menerusi kemenangan 3-2.

Perlawanan di Stadium Ipoh, Perak pada Sabtu itu berlangsung sengit apabila skuad The Bos Gaurus itu menerima tentangan hebat daripada PDRM.

Perak memperoleh jaringan sulung selepas Tommy Mawat masih menunjukkan dirinya pembelian berbaloi setelah mencetak gol pertama buat skuad The Bos Gaurus (TGB).

BACA LAGI: Nombor 77 untuk 7, Gergasi Merah puas jaringan 'siuuuu' bergema kecewakan Kedah

BACA LAGI: Penyokong TFC hairan Ivan Mamut 'hilang' dalam latihan

msg1050426791-32398

Keputusan penuh perlawanan Liga Super musim ini. — MFL

Tommy yang baru ditandatangani Perak untuk musim ini meledak gol hasil hantaran Lee Tae Min pada minit ke-8.

Namun, kegembiraan Perak tidak bertahan lama selepas skuad PDRM FC menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Ifedayo Olesegun.

Pada separuh masa pertama, sebanyak dua kali sepakan penalti untuk kedua-dua pasukan itu dibatalkan pengadil menerusi semakan Sistem Video Pembantu Pengadil (VAR).

Selepas jaringan PDRM tersebut, pemain import Korea untuk Perak, Lee Tae Min lincah melakukan beberapa sepakan gol tetapi tidak berjaya.

Memasuki separuh masa kedua, pemain PDRM, Obus Prince Austin cedera dan dibawa keluar serta digantikan dengan Oluwaseun.

Bangkit semula selepas insiden itu, PDRM sekali lagi menggegarkan gawang dengan jaringan gol oleh Bruno Suzuki sekali gus mendahului 2-1.

Namun, serangan demi serangan oleh skuad TGB untuk membuat comeback pada separuh masa kedua akhirnya membuahkan hasil oleh pemain gantian, Wan Zack selepas penjaga gawang PDRM, See Tian Keat membuat kesilapan menumbuk keluar bola pada minit ke-87.

Jaringan gol kedua Perak FC itu dengan pantas menyamakan kedudukan mereka 2-2.

Aksi separuh masa kedua itu juga menyaksikan sepakan penalti untuk Perak FC kali ketiga dibatalkan menerusi VAR.

Bagaimanapun, PDRM dilihat tidak berdiam diri selepas Ifedayo sekali lagi membuat jaringan peribadinya sekali gus menjadi penyelamat PDRM pada minit-minit terakhir di gelanggang lawan.

msg1050426791-32397

Perlawanan sengit antara PDRM dan Perak. — PDRM

Sementara itu, jaringan gol pertama PDRM bagaimanapun membuatkan penyokong Perak berang kerana menganggap pemain pertahanan skuad The Bos Gaurus itu leka menjaga gawangnya apabila dibolosi Ifedayo.

"Pertahanan Perak leka tak jaga Ifedayo ingat dia cap ayam ke? Dapat bola macam tu jarang tak masuk senang-senang je tanduk bola tu. Tiada halangan langsung dari pertahanan Perak," komen Is Zainal.

"Itulah tu, berlonggok tiga defence tak tengok di depan gol termasuk Aiman yang sepatutnya tight marking Ifedayo," sokong Osman Sajjad.

Namun, kehebatan Tommy Mawat yang menjaringkan gol pertama Perak juga tidak disangkal oleh penyokongnya.

"Tommy Mawat adalah pembelian paling berbaloi Perak setakat ini," komen Tendangan Si Madan.

Selepas ini, Perak akan mengunjungi Stadium Darul Aman, Kedah untuk menentang Kedah FC pada 24 Mei ini.

Manakala PDRM akan menentang Penang FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada 25 Mei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram