Ulangi skrip Buriram United, kelibat import baharu JDT tiada dalam sesi latihan


  • Podium
  • Khamis, 16 Mei 2024

Kelibat Nicolao tidak kelihatan dalam sesi latihan JDT baru-baru ini.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akan memulakan perlawanan pertama Liga Super mereka musim ini dengan menerima kunjungan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu ini.

JDT yang sepatutnya beraksi dalam perlawanan Piala Sumbangsih kempunan untuk menguji import baharu mereka selepas Selangor FC menarik diri atas faktor keselamatan pemain dan pegawai-pegawai Gergasi Merah.

Harimau Selatan musim ini mengambil pendekatan untuk berjimat namun tetap menandatangani pemain import dan tempatan baharu.

BACA LAGI: Sedih menang dengan cara begini — TMJ

BACA LAGI: Serangan ke atas pemain bola sepak mesti dihentikan — Lee Lam Thye

Antara pemain tempatan baharu yang dibawa masuk Hector Bidalgio ialah Romel Oswaldo Morales dan beberapa pemain lain yang sudah dipinjamkan ke pasukan lawan.

Juara sedekad Liga Super itu turut mengekalkan khidmat penjaring terbanyak Liga Super 2022, Bergson da Silva serta rakan importnya yang lain seperti Jordi Amat Maas, Shane Thomas Lowry, Juan Muniz Gallego, Oscar Arribas, Heberty Fernandes dan Fernando Martin Forestieri.

Bagi menambah kekuatan pasukan, JDT menandatangani empat pemain import baharu iaitu Jalil Elias, Murilo Santos, Francisco Geraldes dan Nicolao Dumitru.

Namun begitu, Nicolao mula tidak kelihatan dalam sesi latihan JDT selepas aksi pramusim Harimau Selatan di bumi Sepanyol pada bulan lalu.

Bekas pemain Napoli itu mungkin antara pemain yang disingkirkan selepas aksi yang tidak memberangsangkan semasa pramusim Sepanyol antara persoalan yang bermain di dalam fikiran penyokong.

Jika benar pihak pengurusan JDT menggugurkan nama Nicolao dalam skuad musim ini, ia akan mengulangi pengalaman pahit pemain berusia 32 tahun itu bersama kelab gergasi Thailand, Buriram United.

Bersama Buriram, Nicolao hanya tampil dalam lapan perlawanan dan menjaringkan satu gol sahaja ketika bertemu Udon United dalam saingan Piala Thailand sebelum dilepaskan pada tahun yang sama.

Nicolao yang hadir dengan reputasi besar sebagai graduan Liga Utama Itali hanya merekodkan 444 minit permainan dalam lapan penampilan itu.

Jika Nicolao gugur daripada JDT, ia memadam impiannya untuk membuktikan Buriram United melakukan kesilapan besar apabila menggugurkannya dengan menggantikan pemain import lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram