'Fizikal tetap ada berlaku dalam bola sepak', Reduan Abdullah ulas 2 layangan kad merah Liga Super


  • Podium
  • Rabu, 15 Mei 2024

Reduan Abdullah pernah membimbing UiTM United pada 2021.

ADAKAH Liga Malaysia (Liga M) terlalu ganas untuk dimainkan selepas menyaksikan dua layangan kad merah dikeluarkan oleh pengadil perlawanan semasa minggu pertama Liga Super (LS1) yang melibatkan dua pemain import baharu?

Atau mungkin Liga M terlalu lembut untuk dimainkan kerana dua import yang dilayangkan kad merah itu adalah pemain baharu yang pertama kali beraksi dalam kancah bola sepak negara.

Dua pemain tersebut adalah Luiz Henrique Santana Motta (Perak FC) yang dilayangkan kad kuning kedua ketika The Bos Gaurus tewas dengan keputusan 1-3 di tangan Terengganu FC pada Sabtu lalu.

BACA LAGI: ‘Tak cacat pun Piala Sumbangsih kena tangguh dulu’

BACA LAGI: 'Who's next?', penyokong risau ada 'target' baharu selepas Safiq Rahim

Manakala seorang lagi pemain import Kuala Lumpur City (KL City), Adrijan Rudovic, turut dilayangkan kad merah yang menyaksikan pasukannya terikat 1-1 dengan Kuching City di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.

Namun bagi pandangan bekas pembantu jurulatih Harimau Malaya, Reduan Abdullah, beliau berpendapat sentuhan fizikal itu memang akan berlaku di dalam bola sepak tetapi bagaimana terjahan itu dilakukan.

"Bagi pandangan saya fizikal dalam bola sepak itu tetap ada, fizikal macam mana atau fizikal untuk mencederakan permainan? Bagi saya itu bukan fizikal dan itu ialah (terjahan) keras.

"Fizikal tetap ada berlaku dalam bola sepak, cara macam mana fizikal itu dinyatakan dalam bentuk VAR? Terutamanya sekali dalam kawasan penalti tengok kedudukan itu.

"Saya rasa penelitian VAR dan pengadil perlu seimbang dengan adanya VAR itu satu teknologi yang baharu di negara ini bukan macam di Eropah sudah lebih 3 ke 4 tahun digunakan.

"Bagaimanapun, keputusan itu daripada VAR dan pengadil juga, kadang-kadang referee tak nampak, VAR nampak dalam permainan benda ini pemain-pemain kena adaptasi VAR inilah," katanya kepada Majoriti.

Mengulas lanjut mengenai insiden dua kad merah yang dilayangkan oleh pengadil perlawanan dalam perlawanan minggu pertama Liga Super, Reduan merasakan VAR telah melakukan terbaik untuk menganalisis insiden terbabit.

"Bagi pandangan saya, VAR ini walaupun dia buat trial (percubaan) banyak lagi yang perlu diperbaiki tentang VAR ini.

Insiden red card (kad merah) itu kemungkinan VAR nampak clear (jelas) berlaku insiden-insiden yang agak keras berlaku.

"Mungkin VAR dan referee (pengadil) memberikan pandangan kepada pengadil atas padang itu ada red card ataupun sebagainya.

"Bagi pandangan saya VAR ini baru mula, jadi kita akan tengok sampai hujung musim macam mana progress (kemajuan) mesti ada tindak balas daripada ahli jawatankuasa untuk mengenal pasti macam mana nak ditambah baik teknologi itu," jelasnya.

Adakah kita akan melihat lebih banyak layangan kad merah pada musim ini berbanding sepakan penalti yang berlaku seperti musim lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram