Bekas pemain Kelantan tak setuju AFL beri 'masa tambahan' buat TRW


  • Podium
  • Khamis, 16 Mei 2024

Kelantan musim ini akan beraksi dalam Liga A1 selepas ditendang keluar daripada Liga Super susulan isu tunggakan gaji yang berlaku.

"KELANTAN boleh, kenapa kami tak boleh. Nanti jadi macam itu."

Itulah pandangan bekas penjaga gol TRW Kelantan FC, Mohd Farhan Abu Bakar berkenaan keputusan badan penganjur liga, Liga Bola Sepak Amatur (AFL) yang melanjutkan tempoh pendaftaran pemain sehingga 24 Mei.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad berkata, ia susulan tujuh pasukan daripada Liga A1 dan juga Kelantan meminta penangguhan tempoh pendaftaran pemain yang sepatutnya berakhir pada Selasa lalu.

BACA LAGI: RMS sedia tanggung kos perubatan Faisal Halim

BACA LAGI: 'Fizikal tetap ada berlaku dalam bola sepak', Reduan Abdullah ulas 2 layangan kad merah Liga Super

Dalam situasi ini, Farhan beranggapan Kelantan sudah diberikan banyak peluang oleh badan penganjur supaya menyelesaikan isu pendaftaran pemain dan ia akan memberi kesan jika AFL terus memberi peluang kepada kelab pantai timur itu.

"Kalau dari segi adil tidak adil saya rasa dah kali kedua talian hayat ini mereka (badan penganjur) panjangkan, kalau untuk pasukan lain nanti mungkin akan jadi isu.

"Nanti mereka (kelab bertanding) boleh jadikan isu Kelantan ini sebagai alasan untuk musim depan atau di masa akan datang nanti.

"Nanti mereka mesti akan rujuk kes Kelantan, "Kelantan boleh, kenapa kami tak boleh" nanti jadi macam itu.

"Jadi kalau isu panjangkan tempoh ini bagi saya kalau sekali mungkin boleh terima lagi, ini macam dah dua tiga kali 'extend'.

"Lagipun ini bukan 'extend' sebab benda lain tapi yang paling penting pemain. Mereka diberi tempoh untuk daftar pemain, jadi kalau tak ada pemain, tak adalah pasukan itu,"katanya kepada Majoriti.

Farhan Kelantan

Farhan pada musim lalu mewakili Kelantan FC.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan Kelantan masih belum menyelesaikan isu tunggakan gajinya dan tiada wakil daripada kelab itu menghubunginya.

"Situasi sebenar di dalam Kelantan FC saya tidak pasti, saya tiada info berkenaan 'selection' atau pemain-pemain mana yang menyertai pasukan itu.

"Isu (tunggakan gaji) saya pun masih belum selesai, saya punya pun boleh dikatakan 'hangus' (berdiam diri),

"Tiada mana-mana wakil dari Kelantan berhubung dengan saya untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji semasa tempoh saya berada di sana," jelasnya.

Imigresen

Farhan (hujung kiri) akan beraksi bersama Imigresen FC dalam saingan Liga A1 musim ini.

Farhan yang baharu menyertai juara Liga A1 pada musim lalu, Imigresen FC teruja untuk membantu pasukan itu mengekalkan kejuaraan yang diraih mereka tahun lepas.

"Dari segi pengurusan memang sangat berbeza, dari segi gaji, fasiliti Alhamdulillah Imigresen sangat mengambil berat dan tiada sebarang isu tunggakan gaji.

"Harapan saya sebab mereka 'defending champion' untuk musim lepas, tahun ini dapat 'maintain' dengan slot Piala FA untuk tiga pasukan dari AFL main saya harap pemain dapat tunjukkan sesuatu untuk kejohanan tahun ini.

"Saya harap dapat 'market' lagi Liga A1 ini, sebab di Malaysia Liga M3 dekat Malaysia ini lagi rancak daripada Liga Super, ramai pemain Liga Super ada dekat Liga M3.

"Kompetitif dekat Liga M3 saya rasa lagi best sebab pasukan 'balance' sebab tak boleh nak jangka pasukan mana yang menang minggu ini atau minggu depan, konsisten dia sama," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram