Sedih menang dengan cara begini — TMJ


  • Podium
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Pasukan JDT tetap hadir ke gelanggan sendiri meskipun perlawanan Piala Sumbangsih dibatalkan. —JDT

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mengakui rasa sedihnya walaupun JDT mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih musim ini.

Ia susulan Harimau Selatan diberikan kemenangan percuma selepas Selangor FC menarik diri daripada aksi perebutan trofi itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor pada Jumaat.

Tunku Mahkota Ismail meluahkan kesedihannya menerusi satu komen di laman Instagram kelab itu, apabila skuad kendalian Hector Bidoglio diputuskan sebagai pemenang tanpa perlu beraksi di atas padang.

BACA LAGI: Heberty Fernandes 'kempunan' aksi Piala Sumbangsih, antara 3 import otai Liga M

BACA LAGI: Magis 2022, kehilangan Bergson-Roonie jadi 4 momen getir pertembungan epik JDT-Selangor

Sebelum itu, JDT telah memuat naik gambar skuad Harimau Selatan bersama Tunku Mahkota Ismail di Stadium Sultan Ibrahim di laman sosial rasmi kelab, dengan kapsyen: "Kami di sini! Piala nombor 27."

Tunku Mahkota Ismail menerusi satu komen di laman Instagram kelab itu meluahkan kesedihan apabila skuad kendalian Hector Bidoglio memenangi Piala Sumbangsih musim ini tanpa beraksi di atas padang.

"Satu lagi (piala). Sedih menang dengan cara begini, tetapi rezeki adalah rezeki. Allah sebaik-baik perancang," tulis Tunku Mahkota Ismail.

Sebelum ini, Gergasi Merah nekad mengambil keputusan menarik diri daripada menyertai perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat.

Selangor FC dalam satu kenyataan menegaskan keselamatan pasukan diutamakan selain memandang serius segala bentuk ancaman dan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan.

Keputusan itu diambil selepas pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan SFC menangguhkan perlawanan itu.

Susulan daripada itu, MFL memutuskan kemenangan secara 'walkover' kepada JDT dengan jaringan 3-0, sekali gus Harimau Selatan turut meraih tiga mata untuk Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram