"WHO'S next?"
Itulah persoalan yang timbul dalam kalangan penyokong bola sepak selepas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim menjadi mangsa terbaharu keganasan dua individu tidak dikenali di Johor Bahru, Johor pada Selasa.
Selepas Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa dirawat di hospital, ramai peyokong mula khuatir akan ada pemain lain menjadi mangsa sehingga menjejaskan karier bola sepak mereka.
Dalam ruangan komen di media sosial penyokong jelas menunjukkan kerisauan siapakah pemain seterusnya yang akan menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab itu.
BACA LAGI: Kelibat import baharu tiada dalam latihan, mula timbul tanda tanya penyokong Terengganu
BACA LAGI: Magis 2022, kehilangan Bergson-Roonie jadi 4 momen getir pertembungan epik JDT-Selangor
Faisal Halim (kiri) dan Akhyar Rashid (kanan) menjadi mangsa kegiatan jenayah baru-baru ini.
"3/5 Akhyar, 5/5 Faisal. 7/5 Safiq, 9/5 who's next? Seram lah pula," kata Intan Qisrinamila.
"Jenayah terancang ini, berselang-selang hari sahaja kejadian," ujar Mohamad Din.
"Macam-macam dah yang terjadi ini, harap MFL boleh minta tangguh perlawanan Jumaat ini dulu sebab dua-dua pemain dah kena," jelas Azran Baem.
Pada Selasa, cermin kereta Safiq Rahim dipecahkan oleh individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan JDT beberapa hari selepas nasib malang menimpa Faisal Halim apabila disimbah asid di Kota Damansara, Kuala Lumpur.
Kejadian kira-kira pukul 10.05 malam itu dikongsikan oleh Safiq menerusi akaun media sosial Instagram.
Dalam muat naik itu, dia memaklumkan sudah membuat laporan polis selepas risau dengan keselamatan dirinya.
Pemain berusia 36 tahun itu turut memuat naik gambar cermin belakang kereta Honda City Hatchback miliknya yang dipecahkan individu tidak dikenali.
TERKINI: FH dah mula makan & cuba buat latihan ringan pagi tadi.
alhamdulillah@ASTROARENA pic.twitter.com/qP2SRd9ZF2
— FinaNasrom (@fnasrom) May 8, 2024
Dalam pada itu, Faisal Halim berada dalam keadaan lebih baik selepas menjalani pembedahan kedua berikutan serangan asid dialaminya pada Ahad lalu.
"Alhamdulillah, selepas alami pembedahan kedua selama tiga jam, pakar memberitahu keadaannya adalah cukup-cukup baik, terima kasih atas doa semua.
"Faisal Halim sudah boleh makan serta dia sendiri sudah teruja untuk bangun dan jalani aktiviti bola sepak, ini sangat membanggakan kerana dia membuktikan keazaman cukup hebat," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram