[VIDEO] Limpahan penyokong bantu Hidalgo hidupkan suasana 'rumah sendiri' di Temerloh


  • Podium
  • Isnin, 13 Mei 2024

Hidalgo pulang ke pangkuan skuad Tok Gajah secara pinjaman dari Johor Darul Ta'zim. — Facebook/Sri Pahang FC

PEMAIN sayap Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo menjadi wira buat pasukannya dalam mengutip tiga mata pertama ketika berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di laman sendiri pada Sabtu lalu.

Sepakan percumanya yang mengelirukan sudah cukup untuk menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Khatul Anuar serta memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Bagaimanapun, keputusan itu sudah tentu sedikit kekok buat tonggak kelahiran Argentina berkenaan memandangkan aksi itu diadakan di Stadium Temerloh, Pahang dan bukan di Stadium Darul Makmur.

BACA LAGI: Getir bertemu KDN FC, bintang naturalisasi sanggup jadi keeper demi maruah Sri Pahang?

BACA LAGI: 'Kempunan mata penuh', Haziq Nadzli antara 3 bintang kelab kerdil resahkan Kedah, Pahang dan Terengganu

Perbezaan tersebut sudah tentu mendatangkan kejanggalan buat Hidalgo yang sudah bermain selama dua musim di 'rumah sebenar' skuad Tok Gajah itu.

Namun, baginya, kehadiran peminat setia Sri Pahang FC membuatkan suasana permainan tidak jauh berbeza dalam aksi pertama sejak kepulangannya pada jendela perpindahan lalu.

"Saya berasakan ia agak jauh daripada 'rumah' kami, tetapi penyokong sememangnya membuatkan kami seakan-akan berada di rumah sendiri dengan kehadiran cukup membanggakan.

"Jadi, saya rasakan ia adalah suasana cukup baik dan kami amat gembira kerana perasaan membanggakan daripada semua pemain," katanya kepada MFL.

441252751_820227963472570_7060770728591876056_n

Hidalgo kelihatan berpuas hati dengan jaringan dihasilkannya. Facebook/Sri Pahang FC

Berdasarkan perkembangan semasa, Stadium Darul Makmur tidak akan dapat digunakan selama beberapa bulan sementara proses penukaran rumpat sedang dijalankan.

Keadaan itu memaksa skuad Tok Gajah beraksi di Stadium Temerloh, namun pertukaran berkenaan tidak memberi kesan terhadap kesetiaan penyokong buat pasukan.

Tambah pemain berusia 25 tahun itu, kemenangan dalam perlawanan pertama itu akan meningkatkan semangat dan keazaman Sri Pahang FC yang sudah tidak meraih tiga mata dalam empat musim terdahulu.

"Selepas ini, menentang Kuching City FC, kami mahu meneruskan rentak kemenangan selepas berehat beberapa hari. Jadi, ia adalah perkara baik sekiranya kami dapatkan tiga mata penuh," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram