[VIDEO] 'Macam mana nak pergi jauh?' Aksi Piala Belia antara Melaka, Pahang jadi gelanggang gusti angkara kad merah


  • Podium
  • Isnin, 13 Mei 2024

Tangkap layar daripada klip yang memaparkan kekecohan tercetus antara Melaka FA dan Sri Pahang FC dalam saingan Piala Belia.

SAINGAN Piala Belia diadakan buat pemain Bawah 18 Tahun (B-18) di setiap kelab untuk diberikan minit permainan yang penting demi menambah baik bakat tersendiri.

Namun, hal sebaliknya pula berlaku ketika pertembungan antara Melaka FC dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka pada Ahad apabila tercetus kekecohan antara pemain.

Berdasarkan satu klip yang kini tular di media sosial, kelihatan hampir kesemua pemain, termasuk yang berada di bangku simpanan terlibat dalam pergaduhan itu.

BACA LAGI: Lepas 4 hari pembedahan, kulit dari Belgium sesuai untuk Faisal Halim

BACA LAGI: [VIDEO] Man United jadi bahan ketawa, Old Trafford banjir dihujani 'air terjun'

Kekecohan difahamkan berlaku selepas pemain pasukan pelawat, Adam Syaqir Barzu dilayangkan kad merah selepas didapati menendang pemain lawan meskipun dia hanya berada di bangku simpanan ketika aksi sedang berlangsung.

Tindakan tidak matang itu kemudiannya mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain yang mahu tahap profesionalisme lebih baik dipamerkan pemain dalam setiap lapisan umur.

"Tidak terkejutlah kalau bola sepak kita tidak mahu. Lebih baik kalau main sahaja apa-apa permainan lain di kampung. Di manakah disiplin masing-masing, itulah yang patutnya diajar dahulu sebelum bola sepak," kata Gibbs Gerald.

"Sebenarnya pengurusan perlu mainkan peranan penting dalam pengurusan emosi dan mental pemain. Bukan setakat ajar taktikal dan cara nak jaringkan gol sahaja," kata Abdullah Yop Mamat.

"Kalau nak pergi jauh, emosi jaga, banyakkan latihan lebih banyak guna otak daripada tenaga. Bola sepak moden ada art, Bahasa Melayunya seni. Ramai boleh main bola tetapi seni apabila main bola tiada. Semoga semua terus maju," kata Amiesta Kuzaimi.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai kecederaan dialami, namun difahamkan tiada perkara buruk berlaku memandangkan perlawanan masih berlangsung sehingga wisel penamat ditiupkan.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan buat skuad muda Tok Gajah dengan keputusan 2-1 yang meletakkan mereka di kedudukan keenam sementara Melaka FA di tangga tercorot Kumpulan A Piala Belia 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram