SEPAKAN percuma berkualiti daripada Manuel Hidalgo sudah cukup untuk membantu skuad Tok Gajah meraih kemenangan dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/25.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang, jaringan pada minit ke-64 itu memastikan tuan rumah membawa pulang tiga mata ketika bertemu Kelantan Darul Naim (KDN) FC.
Ribuan penyokong yang membanjiri stadium sudah tentu berpuas hati dengan persembahan dipamerkan penyerang sayap dari Argentina itu.
BACA LAGI: Getir bertemu KDN FC, bintang naturalisasi sanggup jadi keeper demi maruah Sri Pahang?
BACA LAGI: Pemain bola jadi mangsa jenayah, CEO Sri Pahang waspada aksi sulung Tok Gajah
Persembahan memberangsangkan ditunjukkan Saiful (kiri) dalam perlawanan itu. — Facebook/Sri Pahang FC
Bagaimanapun, bagi pengendali pasukan, Fandi Ahmad, pujian juga harus diberikan terhadap pemain tengah muda, Saiful Jamaluddin yang beraksi cemerlang.
Pemain berusia 21 tahun tersebut boleh dikatakan sebagai permata baharu skuad Tok Gajah, terutamanya ketika membantu dalam aspek pertahanan.
"Kita ada disiplin baharu di bahagian tengah. Saiful ibarat wiper, dia yang 'bersihkan' (situasi) kerana mereka tukar formasi dari 4-3-3 kepada 4-4-2.
"Jadi, dua pemain pertahanan kita terikat dengan penyerang. Oleh itu, Saiful di tengah dapat 'bersihkan' keadaan di situ," katanya seperti mana dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad puji persembahan yang ditampilkan pemain muda Tok Gajah, Saiful Jamaludin ketika mereka menewaskan Kelantan Darul Naim 1-0 pada Sabtu.
Laporan penuh di Nadi Weekend 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/OMPWGnp9II
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 12, 2024
Selepas membuktikan bakatnya bersama pasukan belia, pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara tersebut diberikan debut bersama skuad utama pada 2022.
Meskipun usianya masih muda, anak jati Kuala Lipis, Pahang itu mampu untuk terus menjadi watak utama skuad Tok Gajah dalam Liga Super musim ini.
Sri Pahang FC bakal berdepan Kuching City FC di Stadium Negeri Sarawak pada 19 Mei dengan misi untuk membawa pulang tiga mata diteruskan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram