Tiada VAR tak halang Tok Gajah kutip 3 mata penuh, Hidalgo muncul wira


  • Podium
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Manuel Hidalgo (kiri) menjadi penyelamat skuad Tok Gajah apabila menyumbat gol cantik menerusi sepakan percuma pada separuh masa kedua. — Facebook/Sri PahangFC

PASUKAN Sri Pahang FC berjaya mencatatkan kemenangan tiga mata penuh ke atas kelab Kelantan Darul Naim dengan keputusan 1-0 di Stadium Temerloh, Pahang pada Sabtu.

Gol tunggal itu dijaringkan pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) pada separuh masa kedua minit ke-64 menerusi sepakan percuma.

Meskipun Teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) gagal diguna pakai akibat gangguan teknikal dalam perlawanan itu, ia tidak menghalang anak-anak buah Fandi Ahmad untuk terus mencapai kemenangan dalam perlawanan pertama Liga Super musim ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Syafiq Ahmad hanya perlukan 2 minit buktikan diri masih berbisa

BACA LAGI: 'Isu penaja tarik diri boleh jejaskan permainan'

HIDAL

Manuel Hidalgo menjaringkan gol menerusi sepakan percuma. — Facebook/Sri PahangFC

Dalam pada itu, gangguan teknikal VAR di Stadium Temerloh turut mengundang perhatian dalam kalangan penyokong di laman sosial.

Meskipun khidmat bantuan rakaman VAR disahkan akan digunakan sepanjang saingan Liga Super musim ini, namun kegagalan pihak pengurusan pada perlawanan itu menunjukkan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Baru perlawanan pertama dah VAR gagal berfungsi, macam mana Liga Super kita nak maju ke hadapan, harap FAM pantau kesilapan malam ini," ujar FarisGhazz19.

"Nasib baik penyerang pinjaman JDT ni bagus, kalau tak ada Hidalgo ni mesti keputusan seri atau mungkin kalah sebab VAR pun tak menyebelahi Pahang," kata Dausramlee.

"Awal lagi Tok Gajah dah kena scam, VAR terus rosak padahal baru perlawanan pertama, kalau jumpa pasukan atasan hancur harapan nak kutip mata kalau macam ini," tambah Mohd Kassim.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram