PEMAIN tengah skuad kebangsaan, Brendan Gan mencipta sejarah baharu dalam karier bola sepaknya apabila disenaraikan sebaris ikon bola sepak Argentina dan juga pemain Inter Miami CF, Lionel Messi.
Menerusi laman statistik terkemuka dunia, Sofascore, pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC berkenaan disenaraikan sebagai penyumbang bantuan gol tertinggi dalam satu perlawanan.
Berdasarkan laman statistik dikeluarkan laman berkenaan, bekas pemain Selangor FC itu merekodkan lima bantuan gol ketika menyarung jersi Gergasi Merah dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang Kelantan FC tahun lalu.
BACA LAGI: Syafiq Ahmad hanya perlukan 2 minit buktikan diri masih berbisa
Perlawanan Liga Super tersebut berakhir dengan kemenangan besar 11-2 buat Selangor yang mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua keseluruhan.
Rekod lima hantaran bantuan dalam satu perlawanan dihasilkan oleh pemain berusia 36 tahun berkenaan menyamai bekas tonggak Barcelona iaitu Messi.
Tangkap layar data yang dikeluarkan Sofascore.
Statistik mengagumkan dari pemain berkenaan pasti mendorong lawan pertama The City Boys, Kuching City FC untuk membuat ‘kerja rumah’ bagi mengawasi gerak-geri pemain dengan gelaran ‘Captain Marvel’ itu.
Menjelang perlawanan menentang Kuching City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang berpotensi akan digunakan Aidil Shahrin untuk mengekang Brendan;
1) James Okwuosa
Okwuosa mempunyai kekuatan fizikal untuk membantu Kuching City. —Facebook/KuchingCity
Pertahanan kental kelahiran Nigeria, James Okwuosa dijangka menjadi taruhan utama pengendali dari Singapura itu bagi mengawasi bahagian belakang skuad The Cats pada Ahad ini.
Kehadirannya dari skuad The Cops sememangnya ditunggu-tunggu oleh Aidil setelah Kuching City diaibkan sebanyak 51 bolos dalam saingan Liga Super musim lalu.
Pemain yang berkaki kiri ini mempunyai ketinggian 1.88 meter, selain dia juga turut mempunyai kekuatan fizikal untuk memenangi perebutan bola di udara.
Okwuosa turut mendapat perhatian media tempatan susulan aksi ketangkasannya bersama PDRM FC pada musim lalu yang menyaksikan dia membantu The Cops menjuarai Challenge Cup pada musim lalu.
2) Yuki Tanigawa
Yuki (kiri) gemar menyerang secara agresif terhadap pihak lawan. —Facebook/JDT
Baru melangsungkan perkahwinan dengan gadis tempatan bernama Nisha Ibrahim, Yuki Tanigawa menjadi aset penting The Cats musim ini selepas menyertai pasukan itu untuk kali ke-2 pada musim lalu dari pada Kelantan Darul Naim FC.
Mempunyai corral permainan yang agresif, Yuki pada musim lalu menjadi tonggak harapan Aidil di barisan pertahanan dengan gandingan pemain tempatan.
Yuki (kiri) melangsungkan perkahwinan dengan Nisha Ibrahim. — Stadium Astro
Jika Aidil meletakkan tiga pertahanan dalam pertemuan menentang KL City pada Ahad malam, Yuki pasti akan bergandingan dengan Okwuosa sekali gus menyukarkan pergerakan serangan The City Boys.
Yuki yang gemar menyerang secara agresif terhadap pihak lawan, pastinya menyukarkan Brendan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukannya.
3) Rodney Celvin
Rodney berpengalaman bersama Kedah dan Selangor FC sebelum ini. —Facebook/KuchingCity
Pemain pertahanan berketinggian 1.81 meter, Rodney Celvin bakal menjadi penghalang besar buat Brendan Gan memandangkan pengalaman yang dimiliki pertahanan baharu The Cats itu dalam Liga Malaysia (Liga M).
Malahan bekas pemain Selangor itu pernah beraksi bersama Gergasi Merah pada musim 2019-2020 sebelum dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada tahun berikutnya.
Rodney mempunyai kelebihan daripada segi fizikal dan perlawanan di atas udara yang dapat membaca hantaran yang mungkin dilakukan dalam perlawanan antara KL City dan Kuching City pada Ahad.
Keistimewaan dimilik Rodney itu membuatkan pengendali Kuching City, Aidil membawanya ke bumi Sarawak selepas pernah menggunakan khidmatnya semasa melatih Sang Kenari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram