[VIDEO] Penjenayah 'hati kering' larikan kereta polis di Lapangan Terbang Sentani diberkas


  • Benua
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Sebuah kenderaan rasmi Unit Briged Bergerak Polis Papua dilarikan seorang suspek di Lapangan Terbang Sentani, Indonesia pada Jumaat.

SEORANG lelaki dirakam melarikan sebuah kenderaan rasmi Unit Briged Bergerak Polis Papua di Lapangan Terbang Sentani, Indonesia pada Jumaat.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu menyaksikan suspek memandu laju kereta terbabit sambil dikejar beberapa penguat kuasa dan orang awam.

Suspek didakwa menceroboh masuk ke dalam kenderaan terbabit selepas ia diletakkan di ruang parkir dalam keadaan enjin dihidupkan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemilik Honda City terkedu kereta kena curi depan mata di 'carwash' dekat Shah Alam

BACA LAGI: [VIDEO] Lagak macam profesional, 3 pencuri kantoi pecah kereta 2 kali di Kedah

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek melarikan kereta polis terbabit serta merempuh palang sehingga patah juga tular di media sosial sejak Sabtu.

Ketua Polis Jayapura, Ajun Komisaris Besar Polisi (AKBP) Fredrickus WA Maclarimboen berkata, kejadian berlaku selepas pacuan empat roda itu diletakkan di ruang parkir untuk mengambil beberapa anggota Pasukan Petugas Keamanan Cartens di lapangan terbabit.

"Ketika itu, suspek ternampak kereta yang diletakkan sebelum terus memandu dan melarikan kenderaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menyedari situasi itu, anggota Unit Briged Bergerak Polis Papua dibantu Polis Lapangan Terbang Sentani kemudiannya terus mengejar suspek sebelum berjaya diberkas.

"Suspek berjaya ditahan selepas beberapa das tembakan dilepaskan dalam insiden berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Bhayangkara Kotaraja, Papua. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram