NAMA penyerang berbisa Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syafiq Ahmad kembali disebut-sebut selepas dia hanya memerlukan dua minit sahaja untuk mencetak jaringan dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/25 menentang PDRM FC di Stadium Selayang, Selangor pada Sabtu.
Dalam perlawanan babak pertama, penyerang pinjaman dari Johor Darul Ta'zim itu berjaya mencetak gol pertama buat Sang Kenari dalam saingan Liga Super musim 2024/25.
Menariknya gol Syafiq tersebut, ia merupakan jaringan tunggal yang berjaya dicetak dalam aksi berkenaan.
BACA LAGI: 'Isu penaja tarik diri boleh jejaskan permainan'
BACA LAGI: RTM siar 61 aksi Liga Malaysia secara percuma
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor itu menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan balas.
Namun, ramai penyokong nampaknya kecewa dengan keadaan padang yang basah akibat hujan lebat.
Meskipun demikian, penyokong Sang Kenari pastinya boleh tersenyum lebar apabila Sang Kenari meraih tiga mata penuh dalam aksi tersebut.
Skuad kendalian P.Maniam terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 apabila gagal mengekang serangan daripada Sang Kenari.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong memuji persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
"Pemain berbakat begini kalau disimpan, memang rugi, cantiklah game Syafiq," kata Azam Ezawan.
"Best sangat tengok Syafiq Ahmad bermain, rajin sungguh kejar bola," kata Abdul Latif.
"Jaringan terpantas daripada Syafiq, hanya dua minit sahaja, kualiti seorang pemain kebangsaan terserlah," kata Amin Adam.
Selepas ini, KDA FC akan berdepan Selangor FC dalam perlawanan kedua Liga Super pada 18 Mei yang akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram