[VIDEO] Lakonan menjadi, bintang muda Vietnam bergolek lepas disentuh pemain Kuwait


  • Podium
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Van Truong (kiri) terbaring selepas disentuh sedikit oleh Al Haqan.

MELAKUKAN helah merupakan perkara biasa dalam bola sepak. Selalunya, para pemain berbuat demikian untuk mendapatkan kelebihan memihak mereka sekali gus menghukum pihak lawan.

Terdapat pelbagai cara pemain melakukan helah. Antara yang paling kerap dilakukan adalah membuat lakonan supaya pengadil menghukum pemain lawan.

Antara contoh lakonan yang dilakukan adalah dengan pura-pura jatuh apabila berada dekat dengan pemain lawan. Nak lebih menarik, tambah sekali jeritan dan meraung sakit supaya ia tampak lebih real.

BACA LAGI: [VIDEO] Cuit sikit dah jatuh, fans seru Harimau Muda hati-hati lakonan Vietnam

Van Truong Nguyen Fallon d'Floor candidate

byu/Nervous-Resolution-8 insoccer

BACA LAGI: 'Ada peluang tapi tak cukup tajam', keeper Vietnam sampai 'injured' tepis serangan bertali arus Harimau Muda

Itulah yang dilakukan oleh Vietnam untuk meraih kelebihan menentang Kuwait ketika Piala Asia B-23. Dalam pertemuan kumpulan D melibatkan kedua-dua pasukan, pemain Vietnam Nguyen Van Truong telah mencuri tumpuan apabila berlakon berdepan pertahanan Kuwait.

Dalam rakaman yang tular di media sosial itu, Van Truong yang sedang menyerang dari tepi padang menendang bola lalu mengenai pertahanan Kuwait iaitu Youssef Al Haqan.

Dia kemudiannya membiarkan bola itu keluar dari kawasan permainan. Saat bola itu melepasi garisan tepi padang, Van Truong menyepak angin mengacah Al Haqan.

Al Haqan kemudiannya memberikan reaksi terhadap tindakan Van Truong itu dengan memberikan sedikit sentuhan terhadap Van Truong. Namun tindakan seterusnya oleh bintang muda Vietnam tersebut mengejutkan pertahanan Kuwait itu.

Van Truong terus mengeluarkan bakat lakonannya lalu merebahkan badan ke padang sebelum bergolek beberapa kali.

Pengadil kemudiannya pergi ke arahnya untuk melihat apa yang terjadi dan hasil lakonan itu, Van Truong berjaya memperdaya pegawai perlawanan supaya menghukum Al Haqan.

Al Haqan dilayangkan kad kuning sementara pengadil kekal tidak dapat mengesan lakonan Van Truong itu. Mujur buat Al Haqan, dia dapat menghabiskan perlawanan tanpa mengutip kad kuning kedua.

Namun malang buat Al Haqan dan Kuwait, mereka kalah perlawanan tersebut dengan keputusan 1-3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram