Piala Shopee: Terengganu diundi berdepan juara Indonesia, wakil ACL Thailand


  • Podium
  • Khamis, 09 Mei 2024

Terengganu mengharungi saingan sengit dalam Shopee Cup. — Terengganu FC

WAKIL Malaysia di Piala Shopee, Terengganu FC bakal berdepan lawan sukar setelah diundi berdepan juara Indonesia serta gergasi Thailand di peringkat kumpulan.

Dalam undian peringkat kumpulan yang diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Khamis, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama BG Pathum United (Thailand), PSM Makassar (Indonesia), Dong A Thanh Hoa (Vietnam) bersama dua pemenang aksi play-off.

Sementara satu lagi wakil Malaysia, Kuala Lumpur City FC tidak kurang hebat cabarannya apabila diundi berdepan Buriram United (Thailand), Cong An Hanoi (Vietnam), Borneo Samarinda (Indonesia), Kaya Ilo-Ilo (Filipina) dan Lion City Sailors (Singapura) dalam kumpulan B.

BACA LAGI: Kelibat import baharu tiada dalam latihan, mula timbul tanda tanya penyokong Terengganu

WhatsApp Image 2024-05-09 at 12.41.30

Senarai penuh undian Shopee Cup 2024.

BACA LAGI: 'Seperti berlaku semalam', GG terkenang tendangan penaltinya bawa KL City ke final Piala AFC

Dalam undian yang dijalankan, empat kelab akan merebut dua tempat untuk beraksi di peringkat kumpulan dengan mereka perlu memenangi aksi play-off terlebih dahulu.

Empat kelab yang bertarung untuk dua slot itu adalah Young Elephants (Laos) yang bakal berdepan Pkr Svay Rieng (Kemboja) sementara satu lagi aksi adalah melibatkan Kasuka (Brunei) dengan Shan United (Myanmar).

Berikut merupakan senarai penuh undian Shopee Cup:

Kumpulan A:

  • BG Pathum United
  • Terengganu
  • PSM Makassar
  • Dong A Thanh Hoa
  • Pemenang play-off 1
  • Pemenang play-off 2

Kumpulan B:

  • Buriram United
  • Kuala Lumpur City
  • Cong An Hanoi
  • Borneo Samarinda
  • Kaya Ilo-Ilo
  • Lion City Sailors

Sepak mula Piala Shopee dijadualkan pada 17 Julai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram