BADAN penganjur liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan aksi Piala Sumbangsih dan perlawanan pertama Liga Super antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Selangor FC yang dijadualkan pada 10 Mei di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dibatalkan.
Dalam kenyataan mereka, MFL mengesahkan aksi yang juga merupakan perlawanan pertama Liga Super melibatkan kedua-dua kelab berakhir dengan kemenangan 3-0 kepada JDT selepas Selangor melakukan walkover.
MFL turut mengesahkan beberapa perkara lain berkaitan penarikan diri Selangor daripada perlawanan itu akan dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk tindakan selanjutnya.
BACA LAGI: 'Show must go on', TMJ beri mesej ringkas lepas Selangor tarik diri Piala Sumbangsih
BACA LAGI: Selangor pilih boikot, tidak hadir Piala Sumbangsih
"Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan bahawa Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat, 10 Mei 2024 di Stadium Sultan Ibrahim terpaksa dibatalkan selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan itu.
"Keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL sekali gus menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata bagi perlawanan Liga Super (LS1)," kata MFL dalam kenyataan mereka.
Selangor memilih untuk menarik diri daripada menyertai perlawanan tersebut kerana bimbang akan keselamatan para pemain dan pegawai di saat kejadian simbah asid terhadap salah seorang bintang mereka, Faisal Halim masih lagi menjadi bualan hangat.
Dengan terdapat khabar angin beberapa individu dalam Gergasi Merah dilaporkan menjadi sasaran seterusnya membuatkan Selangor memilih untuk berjaga-jaga terlebih dahulu buat masa sekarang.
Namun begitu, tindakan tidak menghadirkan diri ke perlawanan tersebut mengundang risiko kepada Selangor untuk dikenakan dihukum berat oleh MFL.
Desas-desus mengatakan Selangor bakal dikenakan hukuman pemotongan 12 mata serta slot ke Asia mereka bakal dilucutkan.
Sudah pasti, keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL akan menjadi tumpuan untuk kerana para pengikut bola sepak Malaysia pasti ternanti-nanti apakah bentuk tindakan bakal diberikan kepada Gergasi Merah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram