PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengugut mahu menghentikan penghantaran senjata kepada Israel jika rejim Zionis meneruskan rancangan untuk menyerang bandar Rafah di selatan Gaza, Palestin.
Biden cuba untuk mengelak serangan besar-besaran oleh Israel terhadap Rafah, yang menempatkan ratusan ribu pelarian Palestin.
Ketika temu bual bersama CNN, Biden mengkritik dengan fakta bahawa orang awam terkorban akibat penggunaan bom AS di wilayah Palestin itu.
BACA LAGI: AS akur pendirian Malaysia tapi tegaskan bantuan ke Palestin perlu ikut saluran betul
BACA LAGI: Hamas setuju cadangan gencatan senjata 7 bulan, Israel berkeras serang Rafah
"Jika mereka (tentera Israel) menyerang Rafah, saya tidak membekalkan senjata yang mereka akan digunakan.
"Kami tidak akan membekalkan senjata dan peluru artileri yang digunakan," kata Biden.
Meskipun Biden mengakui dirinya sebagai seorang Zionis, beliau sudah lama menolak untuk menghentikan pengiriman senjata bernilai RM14 bilion (AS$3 bilion) ke Israel.
Kos penghantaran senjata itu meningkat apabila Kongres menambah lagi peruntukan itu susulan serangan 7 Oktober tahun lalu yang dilancarkan pejuang Hamas ke wilayah haram Israel.
"Orang awam terbunuh di Gaza akibat daripada bom buatan AS. Ia salah.
"Kami tidak mengenepikan soal keselamatan Israel, kami hanya mengurangkan kemampuan Israel untuk berperang di kawasan itu (Rafah)," tegas Biden.
Sebelum ini, berikutan tekanan yang semakin meningkat dari golongan kiri partinya sendiri, pentadbiran Biden menghentikan penghantaran senjata dan artileri membabitkan 1,800 butir bom seberat 907 kilogram dan 1,700 bom seberat 227 kilogram pada minggu lalu.
Bagaimanapun, di sebalik pemberhentian pengiriman bom dan senjata, Israel memiliki stok senjata yang signifikan dan memiliki keupayaan meneruskan industri pertahanan domestiknya.
Keputusan Biden menghentikan pengiriman senjata dapat mempengaruhi konflik dan reaksi Israel dalam jangka panjang perang yang masih berlarutan itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram