[VIDEO] Pasang CCTV dalam tandas wanita, akauntan didenda RM4,500


Chong Soon (tengah) didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.

MAHKAMAH Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM4,5000 terhadap seorang akauntan pada Jumaat,selepas dia mengaku bersalah memasang kamera litar tertutup (CCTV) tersembunyi dalam tandas di pejabat syarikat tempat dia bekerja.

Chong Soon Hoe, 25,mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya atas dakwaan mengaib kehormatan rakan sekerja wanita.

Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman berkata, tertuduh boleh dihukum penjara enam bulan jika gagal melunaskan denda berkenaan.

Namun Chong memilih untuk membayar denda tersebut.

BACA LAGI: Tak serik masuk penjara 23 tahun, bekas banduan didakwa lagi cabul anak saudara di Muar

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja 13 tahun mengaku bersalah bakar anak kucing hidup-hidup di pangsapuri Kajang

Tertuduh melakukan kesalahan itu dilakukan di sebuah pejabat dekat Jalan Tun Perak, Melaka kira-kira pukul 4.30 petang pada 7 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, dia mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun dengan cara memasang CCTV yang disembunyikan plastik tisu tandas, sekali gus menggugat kehormatan mangsa.

Chong didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian manakala tertuduh diwakili peguam bela, Kent Tan Chow Teng.

Mengikut fakta kes, mangsa merupakan seorang ejen cukai dan bekerja di syarikat terbabit selama setahun setengah melihat CCTV itu tersembunyi dalam plastik tisu ketika berada dalam tandas pada hari kejadian.

Apabila memeriksanya menggunakan komputer riba, mangsa mendapati CCTV itu dipasang oleh tertuduh dan terdapat rakaman video dirinya dalam tandas.

Terdahulu, peguam bela memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk melepaskan tertuduh dengan Bon Berkelakuan Baik berdasarkan peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dan tidak dipenjarakan.

Peguam itu antara lain berhujah, tertuduh seorang pemegang ijazah kelas pertama dalam bidang perakaunan, masih muda, tiada rekod kesalahan lampau serta menjaga ibu bapa yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis.

Katanya, tertuduh yang juga anak lelaki tunggal keluarga sudah insaf atas kesalahannya itu, selain ingin menyambung pengajian di Singapura serta memohon taraf penduduk tetap di sana.

Pihak pendakwaan bagaimanapun membantah permohonan peguam dan menghujahkan supaya hukuman setimpal dikenakan mengambil kira fakta kes yang diperakui tertuduh.

"Kepentingan awam harus mengatasi kepentingan tertuduh dan hukuman dikenakan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh yang menceroboh privasi mangsa agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan," jelasnya. — THE STAR/RSN MURALI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram