Akui Kedah kuat, PDRM ada cara 'gari' Sang Kenari


  • Podium
  • Jumaat, 10 Mei 2024

PDRM akan bertemu Kedah di gelanggang sendiri dengan misi untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan Liga Super.

KETUA jurulatih PDRM FC, P. Maniam, yakin pasukannya mampu mengejutkan Kedah Darul Aman (KDA FC) menjelang aksi pertama Liga Super di Stadium Selayang, Selangor.

Biarpun baru sebulan bertindak sebagai pengendali pasukan itu, Maniam percaya pemainnya mampu menterjemahkan perancangan taktikal darinya untuk memperoleh keputusan positif dalam pertemuan berkenaan, lapor Stadium Astro.

Menerusi laporan Nadi Bola Khas Latihan Pasukan yang dibawakan oleh Extra Joss pada Jumaat, Maniam berkata, kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir: "Sudah pasti kita tahu Kedah pasukan yang kuat dan mereka mempunyai pemain yang bagus.

BACA LAGI: Aksi sulung Liga Super berbaki 2 hari, fans kecewa Kedah masih belum rasmi jersi baharu

BACA LAGI: Pernah berbakti bersama Kedah, 3 pemain sayap mudah pikat hati penyokong Sang Kenari

"Tetapi kami memiliki taktikal yang tersendiri dan pemain harus melaksanakan apa yang telah diberitahu dalam sesi latihan.

"Saya amat yakin dengan pemain saya dan yakin kami akan mendapatkan satu keputusan yang baik," katanya.

Ifedayo

Ifedayo dijangka menjadi pemain tumpuan dalam perlawanan menentang Kedah. PDRM FC

Musim ini, PDRM FC diperkuatkan dengan lima pemain import baharu dan Ifedayo Olusegun antara salah seorang bintang yang akan menjadi tumpuan pada pertemuan Sabtu petang.

Antara pemain import yang memperkuatkan Sang Saka Biru ialah Prince Aggreh (Bahrain), Chidi Osuchukwu, Aremu Timothy dan Faith Obilor (Nigeria).

Manakala Sang Kenari pula akan menguji ketajaman import baharu Sukhrob Nurullaev, Sony Norde dan Milos Gordic dalam usaha mendapat tiga mata penuh di gelanggan pihak lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram