Berhenti menipu! Hamzah tak pernah ditawar jawatan setiausaha agung — Zahid Hamidi


  • Politik
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Ahmad Zahid menegaskan tidak pernah menawarkan Hamzah jawatan Setiausaha Agung Umno.

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada tawaran pernah dibuat kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk dilantik menjadi Setiausaha Agung Umno untuk meraih sokongan daripadanya.

"Saya melihat video kempen yang mengatakan saya menawarkan jawatan Setiausaha Agung Umno kepada beliau (Hamzah) untuk menyokong saya menjadi Presiden Umno pada 2018," katanya.

Ahmad Zahid turut menggesa Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu supaya berhenti menipu ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB).

BACA LAGI: PRK KKB : 5 laluan ditutup bermula pukul 3 petang Sabtu

BACA LAGI: PRK KKB: PH ambil pendekatan peribadi, berkempen dari rumah ke rumah — MB Selangor

"Saya nak tegaskan kepada beliau (Hamzah) tidak pernah ada tawaran untuk beliau menjadi setiausaha agung (Umno). Saya berharap beliau tidak meneruskan penipuan di setiap kempen yang dilakukan.

"Malangnya, kini beliau merupakan ketua pembangkang dalam Dewan Parlimen. Jadi saya berharap beliau tidak menipu semasa bercakap dalam Parlimen.

"Kami berharap calon daripada Kerajaan Madani akan menang PRK KKB," jelasnya.

Caretaker Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin talking to the press after walkabout with voters at Taman Senangan in Teluk Ayer Tawar, Butterworth. ( November 8,2022 ).  —ZHAFARAN NASIB/The Star

Hamzah mendakwa pernah ditawarkan jawatan Setiausaha Agung Umno untuk menyokong Ahmad Zahid sebagai presiden pada 2018.

Sebelum ini, Hamzah mendakwa beliau pernah ditawarkan jawatan Setiausaha Agung Umno untuk menyokong Ahmad Zahid sebagai presiden parti itu pada 2018.

PRK KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru yang melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK kali ini ini diadakan susulan kematian penyandang sebelum ini, Lee Kee Hoing, 58, yang meninggal dunia akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Lee Kee menewaskan tiga calon lain daripada Perikatan, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam pilihan raya negeri tahun lalu dengan majoriti undian sebanyak 4,119 sokongan. — The Star/STEPHANIE LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram