CEO Selangor hadir PC kejohanan jemputan Indonesia mampu naik moral pemain?


  • Podium
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Dr. Johan menjadi mangsa ugutan untuk disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

SELEPAS menerima ugutan akan menerima nasib seperti Faisal Halim oleh individu tidak dikenali, ramai penyokong mula bimbang akan keselamatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon.

Memetik laporan The Star, seorang pegawai telah menyampaikan maklumat kepada Johan yang dia bakal menjadi mangsa seterusnya selepas pergi melawat Faisal di hospital selepas pemain itu menjadi mangsa simbah asid di pusat beli-belah di Damansara, Selangor.

Kebimbangan penyokong semakin bertambah apabila beliau dilihat berada di sidang media kejohanan antarabangsa RCTI Premium Sports bersama Sabah FC dan dua wakil tuan rumah iaitu Persija Jakarta serta PSIS Semarang pada Khamis.

BACA LAGI: ‘Tak cacat pun Piala Sumbangsih kena tangguh dulu’

BACA LAGI: ‘Tangan Faisal Halim tiada refleks jangka panjang tak tepat’

Walaupun keberadaan Johan di sidang media berkenaan menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatannya tetapi bagi penyokong tindakan individu penting Selangor itu dapat menaikkan moral pemain yang kini rata-ratanya masih berduka mengenai keadaan Faisal.

Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan bahawa Selangor sedia untuk mempersiapkan pasukan mereka di peringkat kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) walaupun ada ura-ura mengatakan slot Gergasi Merah akan digantikan dengan kelab lain.

RCTI

Dr. Johan (kedua kanan) menghadiri kejohanan antarabangsa RCTI Premium Sports.

Khabar angin itu mula menjadi buah mulut orang ramai selepas Selangor berkeras untuk menarik diri dari Piala Sumbangsih apabila mereka mengesahkan 'tidak hadir' ke perlawanan tersebut dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu.

"Terbaik CEO Selangor, anak buah dekat hospital lagi tapi CEO laju buat kerja. Kempen bersama Faisal Halim pun tengah rancak. Alhamdulillah dapat pergi seberang boleh naikkan moral pemain Selangor," kata penyokong Gergasi Merah, Zaim Marzuki.

"Kejohanan ini mula 30 Mei, jauh lagi tarikh. Dah Selangor kena jemput, kenalah hantar wakil untuk sidang media," bagi penyokong M Uzaiez Farhan.

Dalam pada itu, Selangor FC berpeluang untuk mendapat wang berjumlah AS$30,000 (RM142,000) jika dinobatkan sebagai pemenang kejohanan bakal mendapat hadiah. Sementara naib juara bakal menerima hadiah wang berjumlah AS$15,000 (RM71,000).

Manakala pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah wang berjumlah AS$10,000 (RM47,000) dan AS$5,000 (RM23,000). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram