PENYOKONG Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tampak berpuas hati dengan prestasi pemain import baharu Sang Kenari, Sukhrob Nurullaev dalam perlawanan pramusim di Terengganu baru-baru ini.
Bekas pemain muda kebangsaan Uzbekistan itu memerlukan tempoh masa yang pendek untuk menambat hati seluruh penyokong hijau kuning dengan gerakan lincahnya itu.
Malahan sudah apa penyokong yang melupai khidmat bekas pemain import terdahulu yang cemerlang bersama Sang Kenari terutamanya bintang di posisi sayap.
Sebelum kehadiran Nurullaev, sejak beberapa tahun kebelakangan ini pihak pengurusan Sang Kenari berjaya membawa pemain import sayap berkualiti sehingga memberikan impak positif buat pasukan.
Majoriti senaraikan tiga pemain import sayap Kedah yang pernah membuatkan penyokong-penyokong Sang Kenari cair dengan skil serta aksi mereka:
BACA LAGI: 'Ref botak is back', Zulkarnain Zakaria turun padang panas badan jadi pengadil pramusim
1. Manuel Hidalgo
Walaupun hanya beraksi bersama Kedah selama satu musim, penyokong pasti tidak senang untuk melupakan khidmat pemain muda Argentina itu apabila menjadi arkitek buat Nafuzi Zain pada tahun lepas.
Bersama Kedah pada musim lalu, Hidalgo berjaya melakukan 10 bantuan jaringan (assist) dan menjaringkan empat gol dalam 27 penampilannya bersama Sang Kenari.
Namun Kedah tidak dapat mengekalkan khidmatnya apabila pemain muda itu sudah dipancing oleh gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada musim ini sebelum dipinjamkan ke Sri Pahang FC.
Hidalgo mungkin menjadi calon pemain naturalisasi baharu selepas hanya memerlukan dua tahun lagi beraksi dalam Liga Malaysia.
2. Mahmoud Al-Mardi
Penyokong Kedah pastinya tidak dapat melupakan khidmat pemain kebangsaan Jordan, Mahmoud Al-Mardi selepas dia hanya memerlukan dua perlawanan untuk mencetak jaringan bersama Sang Kenari dalam aksi Piala AFC.
Al-Mardi sering kali dikaitkan dengan Kedah setiap kali jendela perpindahan dibuka sekali gus memberikan gambaran bahawa pemain berusia 30 tahun itu telah meninggalkan impak besar buat skuad kendalian Nafuzi Zain.
Tampil dalam 19 perlawanan, finalis Piala Asia 2024 itu sempat mencetak sembilan jaringan dan tujuh 'assist' sebelum dipancing khidmatnya oleh kelab Kuwait, Qadsia SC.
Jendela perpindahan Liga Malaysia kali ini, Al-Mardi dikaitkan dengan pasukan dari Borneo, Kuching City selepas dikhabarkan akan bergabung dengan bekas jurulatih, Aidil Shahrin namun ia sekadar khabar angin.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Jika saya cakap, boleh jadi panas', hubungan Salah-Klopp ibarat retak menunggu belah?
3. Rabit Ataya
Kali terakhir Rabih Ataya bermain di dalam Liga M apabila mewakili KDA FC pada musim 2020 selepas menampilkan aksi luar biasa bersama UiTM FC.
Ataya antara tonggak utama UiTM FC ketika Frank Benhardt menjadi ketua jurulatih pasukan itu sehingga menarik minat Sang Kenari untuk membawanya pada musim 2021.
Pemain berusia 34 tahun itu antara arkitek Kedah dalam menggerakkan serangan pasukan dari utara itu.
Tampil dalam 18 penampilan, Ataya hanya sempat menjaringkan dua gol dan empat 'assist' dalam 18 terakhir bersama Sang Kenari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram