PEMAIN sayap Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim kini dilaporkan menjalani pembedahan peringkat dua bermula pukul 5.30 petang Selasa di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.
Pembedahan itu dilakukan selepas dua hari menjalani pembedahan pertama pada Ahad malam.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar dilaporkan sempat bertemu dengan pemain berusia 26 tahun itu dan berkongsi pesanan Faisal sebelum dia berada dalam dewan bedah.
BACA LAGI: Bimbang keselamatan pemain selain Faisal Halim terancam, Selangor mohon tunda Piala Sumbangsih
BACA LAGI: ISN akan pastikan Faisal Halim kembali bermain bola sepak, tanggung kos pemulihan sepenuhnya
Shahril mendedahkan Faisal akan berada di ICU untuk sekurang-kurangnya 10 hari. — Agensi
"Saya pasti akan ada lagi pembedahan yang seterusnya kerana situasi ini makan masa, saya difahamkan sekurang-kurangnya 10 hari paling kurang Mickey atau Faisal akan berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas itu kita tengok bagaimana keadaan dia (Faisal)," katanya memetik laporan Buletin TV3.
Shahril memberitahu, hampir keseluruhan badan Faisal dibalut dan kecederaan paling teruk dialami di tangan kiri.
Katanya, doktor tidak memaklumkan secara menyeluruh tentang jenis asid, hanya diberitahu ia sejenis asid sulfurik yang sangat berbahaya.
Dalam pada itu, Selangor FC dalam kenyataan pada Selasa memohon agar aksi perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada 10 Mei (Jumaat) dekat Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor ditangguhkan ke satu tarikh lain.
Selangor mengatakan yang mereka mengambil kira beberapa faktor dengan keselamatan pemain serta pegawai menjadi keutamaan gergasi Lembah Klang itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram