BERSATU mula mencantas, Ahli Parlimen Labuan jadi 'korban' pertama


  • Politik
  • Khamis, 09 Mei 2024

Suhaili bakal dipecat dari BERSATU. — Agensi

AHLI Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman bakal dipecat daripada parti BERSATU selepas menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengatakan Suhaili bakal jadi ahli BERSATU pertama yang dipecat daripada parti itu.

Sehubungan dengan itu, Suhaili akan kehilangan status sebagai wakil rakyat dan pilihan raya kecil akan diadakan bagi memilih penggantinya.

BACA LAGI: Bersatu gesa SPR ambil tindakan pihak salah guna gambar Agong

Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin speaking to the press on stricter movement control order (MCO) during the press conference at the Bukit Aman on Tuesday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. March 31, 2020.

Hamzah mengatakan akan ada enam ahli BERSATU bakal dipecat. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

BACA LAGI: 'Tidak lama lagi', Muhyiddin akan umum nasib MP Bersatu sokong PMX

"Tunggu saja, kerana selepas ini, kamu akan jadi orang pertama yang kami akan keluarkan surat menyatakan keahlian kamu dalam BERSATU telah terlucut.

"Ini bermakna, mengikut undang-undang semasa, dia akan kehilangan tarafnya sebagai ahli parlimen dan Insya-ALLAH, akan ada pilihan raya kecil di Labuan," kata Hamzah.

Dalam masa yang sama, Hamzah turut menempelak Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal kerana mengikut jejak langkah Suhaili menzahirkan sokongan terhadap Anwar.

Kata Hamzah, tindakan Abu Hussin itu tidak lebih daripada sekadar demi kepentingan peribadi.

"Begini ceritanya, dia (Abu Hussin) datang kepada saya dan berkata, 'jangan risau, saya bersama kamu dan saya tak akan tinggalkan BERSATU,' itu pada waktu pagi, bila waktu tengah hari dia masuk ke Parlimen, dia umumkan sokongan terhadap Anwar," ujar Hamzah.

Selain daripada Labuan, Hamzah mengesahkan terdapat lima lagi pilihan raya kecil akan diadakan iaitu di Gua Musang, Jeli, Bukit Gantang, Kuala Kangsar dan Tanjong Karang.

Hal ini kerana, kesemua ahli parlimen BERSATU di lima kawasan tersebut bakal menerima nasib sama seperti Suhaili yang dipecat daripada parti.

Dalam Perhimpunan Agung Khas BERSATU yang diadakan pada 2 Mac, parti itu bersetuju menggubal perlembagaannya iaitu membolehkan keahlian satu-satu ahli dilucutkan jika mereka menyokong parti lain. — The Star/TARRANCE TAN & GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram