BOLA sepak Malaysia bukanlah yang terbesar dan terhebat di Asia, namun kita tetap mempunyai detik terindah buat kelab negara ini apabila bertanding dalam kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Sebelum ini, bola sepak negara pernah megah apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta kejutan apabila menjuarai Piala AFC pada 2015.
Rekod itu kemudiannya cuba diulangi oleh kelab-kelab lain seperti Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC namun ia tidak berhasil. Namun begitu, Kuala Lumpur City FC (KL City) amat hampir bagi merealisasikannya.
Pada 2022, sejarah demi sejarah tercipta oleh skuad Warga Kota apabila mereka mencipta kejutan berjaya menepis segala halangan untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFC sebagai wakil kedua negara melakukannya.
Bertemu wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh di separuh akhir. Pertarungan sengit antara dua kelab berlaku dalam perlawanan yang diadakan secara single-leg di Uzbekistan, pemenang terpaksa dicari menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi berakhir dengan keputusan 0-0 selepas 120 minit permainan.
BACA LAGI: [VIDEO] Taktik bijak jurulatih beregu guna Bahasa Melayu berjaya kelirukan gandingan China
Giancarlo merupakan wira KL City di Uzbekistan. — Agensi
Perlawanan tersebut nyata cukup signifikan buat pertahanan KL City iaitu Giancarlo Gallifuoco. Hal ini kerana, dialah individu bertanggungjawab membawa kelabnya ke perlawanan akhir.
Ketika kedudukan 4-3 dalam penentuan sepakan penalti, Giancarlo yang menjadi penendang kelima membawa harapan setinggi gunung penyokong KL City untuk ke perlawanan akhir.
Mujur tendangan itu walaupun berjaya ditepis penjaga gol Sogdiana tetapi ia tidak cukup kuat untuk menghalang bola daripada menerjah jaring sekali gus mengesahkan tempat KL City ke perlawanan akhir.
Bagi Giancarlo, detik yang berlaku dua tahun lalu cukup bermakna buatnya dan ia ibarat berlaku seperti semalam.
“Terkenangkannya seperti semalam ia berlaku,” kata Giancarlo.
BACA LAGI: Ganarcho lancar ‘serangan halus’ balas kritikan ten Hag, mungkin senasib Sancho
Giancarlo terkenang saat berjaya bawa KL City ke final Piala AFC. — X/@giange94
Namun begitu, pengakhiran kepada kisah ini tidak seperti diharapkan mereka apabila KL City kalah 0-3 kepada Al-Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kini, Giancarlo dan KL City masih berpeluang untuk meraih kejuaraan di peringkat antarabangsa apabila mereka menjadi wakil Malaysia di Kejohanan Bola Sepak Asean (ACC) pada musim ini bersama-sama Terengganu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram