Tangguh Piala Sumbangsih, Selangor terima apa jua keputusan MFL


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

Masih ramai tertanya-tanya sama ada aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC ditangguhkan ataupun tidak.

SELANGOR FC bersedia untuk menerima apa jua keputusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai permohonan penangguhan tarikh Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pihaknya memahami bahawa sukar buat badan pengelola itu membuat keputusan dalam tempoh singkat.

"Seperti yang kita sudah keluarkan kenyataan pada Selasa, pihak kami sudah secara rasmi menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak (FAM) dan MFL jikalau boleh aksi Piala Sumbangsih dijadualkan semula. Saya faham MFL dan FAM agak sukar untuk membuat keputusan, tetapi harapan kami di Selangor FC jika boleh diterima. Namun, kami bersedia dengan apa jua keputusan," katanya.

BACA LAGI: Musim penuh drama, Faisal Halim antara 4 pemain dibayangi kontroversi luar padang

BACA LAGI: Tiada lagi siuu?', Faisal Halim berisiko terpaksa gantung but lebih awal

441046923_953228793475516_1795043323674880013_n-681x851

Skuad Gergasi Merah memohon supaya tarikh Piala Sumbangsih diubah atas faktor keselamatan. Selangor FC

Shahril berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi pemain skuad Gergasi Merah, Faisal Halim di sebuah hospital sekitar Shah Alam, Selangor.

Penyerang bertubuh kecil itu kini berada di unit rawatan rapi setelah mengalami serangan simbahan asid di pusat membeli belah pada Ahad lalu.

Selangor FC membuat permohonan untuk menangguhkan tarikh Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini atas faktor keselamatan selepas Faisal mengalami serangan berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan masih berada di tangan badan pengelola bola sepak tanah air dengan JDT juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Respons terhadap permohonan tersebut dijangkan dikeluarkan pada Rabu dengan rata-rata penyokong bola sepak mengharapkan FAM dan MFL dapat membuat keputusan terbaik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram