Masukkan dalam kontrak, kelab wajib sediakan 'bodyguard' buat pemain bintang


  • Podium
  • Selasa, 07 Mei 2024

Insiden yang menimpa Faisal (kiri) mungkin boleh dicegah jika mengupah pengawal peribadi seperti Lionel Messi. — Agensi

RENTETAN daripada insiden samun melibatkan pemain kebangsaan, Akhyar Rashid dan kejadian simbah asid Faisal Halim, sudah tiba masanya untuk pemain bola sepak di negara ini mempunyai pengawal peribadi.

Itulah yang disarankan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas melihat kejadian malang melibatkan dua bintang Harimau Malaya itu.

Menurut Hamidin, beliau mengatakan tindakan mengupah pengawal peribadi itu adalah satu perkara digalakkan.

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

BACA LAGI: [VIDEO] Akhyar kena samun di Kuala Terengganu, dipercayai kena pukul dengan cota

WhatsApp Image 2024-05-05 at 20.55.02

Dua insiden berasingan yang membabitkan dua pemain skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid (kiri) dan Faisal Halim.

Mengulas lanjut mengenai saranan Presiden FAM tersebut, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim bersetuju sekiranya pemain mahu menggunakan khidmat pengawal peribadi.

"Pendapat saya, jika perkara sebegitu berlaku, tak mustahil akan berlaku berturut-turut selepas ini. Tidak mustahil pasukan lain akan menerima nasib yang sama pula, contohnya pemain kena pukul orang ramai.

"Jadi, bagi pemain yang ternama, yang boleh menggugat pasukan lain, yang mempunyai exposure yang luas, mungkin sesuai hired bodyguard untuk menjamin keselamatan, katanya kepada Majoriti.

Pengawal peribadi dalam bola sepak bukanlah sesuatu yang asing kerana penyerang dari Argentina, Lionel Messi juga mengupah seorang pengawal peribadi sejak menyertai kelab Amerika Syarikat, Inter Miami FC.

Mickey

Keadaan bintang Gergasi Merah, Faisal Halim selepas disimbah asid. — Facebook/SSFC

Menurut Zulakbal lagi, pemain mempunyai hak untuk memaklumkan kepada kelab sekiranya memerlukan pengawal peribadi.

"Sebelum sign kontrak, pemain boleh maklumkan kepada kelab bahawa mereka memerlukan pengawal peribadi terlatih sepanjang masa.

"Kos itu boleh ditanggung oleh kelab tapi situasi seperti ini biasanya boleh berlaku kepada pemain yang ternama, outstanding dan bintang saja.

"Kalau kelab mahukan seseorang pemain yang berkaliber, pemain pun tuntut mahu bodyguard sebelum sign kontrak, kelab kena penuhilah permintaan tersebut," kongsinya.

Tambah Zulakbal lagi, dia menyeru agar setiap pasukan perlu mengutamakan keselamatan para pemain yang mempunyai risiko tinggi menerima nasib kurang baik.

Katanya, budaya mengambil pengawal peribadi tidak pernah dibuat dalam negara tapi ketika ini, setiap kelab perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

"Apabila sudah berlaku dua perkara yang besar seperti ini, saya fikir perlulah ambil bodyguard kepada bintang-bintang yang bermain untuk pasukan yang mempunyai risiko tinggi.

"Sekiranya kelab enggan bayar kos pengawal peribadi, pemain kena bayar sendiri. Tapi perlu diingatkan, ia boleh mendatangkan risiko kepada kelab itu sendiri.

"Bukan sahaja kelab, pemain sendiri perlu menjaga diri sendiri, jika tiada keperluan jangan keluar, jangan dekatkan diri dengan orang ramai di kawasan yang tidak sepatutnya," jelasnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram