INSIDEN jenayah terbaru yang melibatkan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim turut mendapat liputan portal Vietnam, The Thao 247.
Nama Safiq menjadi bualan di negara Asia Tenggara itu kerana statusnya sebagai bekas kapten Harimau Malaya.
Beraksi bersama Harimau Malaya, Safiq pernah membantu skuad kebangsaan meraih kejuaraan Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan SEA 2009.
BACA LAGI: Saya mimpi JDT semakin kuat tahun depan' — TMJ
BACA LAGI: Nistelrooy antara 3 prospek muda JDT, tunggu masa untuk meletup musim depan
Safiq menjadi individu terbaharu menjadi sasaran serangan jenayah.
Pada Selasa malam, nama Safiq menjadi bualan ramai apabila menjadi sasaran serangan jenayah terbaharu yang kini berlaku dalam bola sepak tanah air.
Menerusi satu hantaran di media sosial, kereta milik pemain Harimau Selatan itu dilaporkan dipecahkan dengan tukul besi oleh dua individu tidak dikenali.
Ketika kejadian, dia dikatakan sedang hendak pulang ke rumah selepas menjalani latihan di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira pukul 10 malam Selasa.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam untuk menghala ke Pantai Lido, kereta jenis Honda City dipandu Safiq dihampiri motosikal dinaiki dua lelaki.
Berdasarkan laporan berkenaan, pembonceng motosikal terbabit kemudiannya mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta terbabit.
Dua lelaki terbabit kemudiannya berhenti dan menunjukkan tukul ke arah Safiq yang seterusnya mengambil keputusan mengundurkan kereta sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Larkin, kira-kira pukul 11 malam Selasa.
Sebelum ini, dua pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa serangan jenayah yang mengakibatkan kecederaan masing-masing pada Khamis dan Ahad lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram