Piala Sumbangsih kekal berlangsung Jumaat, MFL dapat jaminan keselamatan


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

TIDAK ditunda.... JDT dan Selangor FC kekal berentap untuk merebut Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat.

PERMOHONAN Selangor FC untuk menangguhkan tarikh aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini tidak berjaya.

Ia ekoran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan pada Rabu mengumumkan perlawanan berkenaan akan diteruskan pada tarikh ditetapkan selepas mendapat jaminan daripada pihak keselamatan daripada polis.

"Dengan persiapan keselamatan dilakukan pihak polis, MFL membuat keputusan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung minggu ini akan jalankan mengikut jadual termasuk Perlawanan Sumbangsih," tulisnya.

BACA LAGI: Kuda tua berbisa, JDT antara 3 pasukan hargai pemain otai musim depan

BACA LAGI: JDT perlu elak badi 2017, Selangor boleh ambil inspirasi Kedah

50879394_1280055968824366_5888865178925137920_n

Trofi Piala Sumbangsih bakal direbut JDT dan Selangor FC pada Jumaat ini. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Selangor FC pada Selasa membuat permohonan supaya aksi menentang JDT di tempat lawan ditangguhkan ke satu tarikh baharu atas faktor keselamatan.

Langkah itu diambil selepas pemainnya, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad sehingga menyaksikannya cedera.

Selain itu, mereka turut berjaga-jaga selepas pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid disamun di Terengganu dengan dia kini difahamkan sudah berada dalam keadaan stabil.

Skuad Gergasi Merah layak untuk berentap dalam Piala Sumbangsih selepas menamatkan saingan Liga Super 2023 di tempat kedua sementara JDT merebut tiket setelah menjuarai kesemua kejohanan peringkat domestik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram