RMS sedia tanggung kos perubatan Faisal Halim


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

RMS sedia membiayai kos perubatan Faisal Halim.

KHABAR gembira buat seluruh penyokong bola sepak apabila penyerang sayap Selangor FC, Muhammad Faisal Halim menunjukkan peningkatan positif selepas melakukan pembedahan kedua berikutan serangan asid dialaminya pada Ahad lalu.

Penjaring terbanyak tempatan Liga Super musim lalu itu dikhabarkan sudah mula makan makanan berbentuk cecair dan masih berada di bawah pemerhatian rapi untuk tempoh yang tidak diketahui.

Faisal juga sudah tidak sabar untuk bangun dan menjalani aktiviti bola sepak sendiri sekali gus memberikan gambaran bahawa pemain bertubuh kecil itu mempunyai semangat juang yang tinggi.

BACA LAGI: 'Kecederaan Faisal Halim boleh jejaskan karier bola sepak'

BACA LAGI: 'Who's next?', penyokong risau ada 'target' baharu selepas Safiq Rahim

faisal-halim-covered-with-a-towel

Keadaan Faisal selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada Ahad lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu bukan sahaja mendapat sokongan daripada seluruh peminat tanah air, malah Raja Muda Selangor (RMS) merangkap Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut perkenan menanggung kos rawatan Faisal Halim bagi beliau mendapat rawatan yang terbaik.

Perkara itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas menziarahinya bersama Tengku Amir Shah pada Rabu.

"Faisal Halim mengalami kecederaan 'medical' kalau apa yang dimaklumkan doktor.

"Disebabkan kita nak yang terbaik untuk Faisal Halim jadi yang terbaik ini biasanya nilai atau kosnya sangat tinggi.

"Tetapi Tuanku Raja Muda (RMS) sendiri dah bagi jaminan jangan risau ia kerana pihak istana sendiri, pihak RMS sekiranya perlu akan menanggung kos perubatan (Faisal Halim)," katanya ketika ditemui.

Tambahnya lagi, Faisal juga mendengar dan mengetahui sokongan yang diberikan seluruh negara untuknya terus kekal kuat dan kembali beraksi di atas padang.

"Saya dimaklumkan oleh pakar keputusannya amat-amat positif, Alhamdulillah.

"Terima kasih doa dari seluruh 'football fraternity' dan seluruh rakyat Malaysia.

"Tuanku Raja Muda bagi kata-kata semangat, semua Tuanku (RMS), Tuanku Sultan, semua pemain, pegawai malah rakyat Malaysia semua di belakang Faisal Halim.

"Faisal Halim dengar apa yang Tuanku sampaikan tadi," jelasnya.

BACA LAGI: Magis 2022, kehilangan Bergson-Roonie jadi 4 momen getir pertembungan epik JDT-Selangor

Selain Faisal, pemain bola sepak yang turut menjadi mangsa jenayah berturut-turut termasuklah Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.

Pada Selasa, cermin kereta Safiq dipecahkan oleh individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan JDT beberapa hari selepas nasib malang menimpa Faisal yang disimbah asid di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Kejadian kira-kira pukul 10.05 malam itu dikongsikan oleh Safiq menerusi akaun media sosial Instagram.

Dalam muat naik itu, dia memaklumkan sudah membuat laporan polis selepas risau dengan keselamatan dirinya.

Pemain berusia 36 tahun itu turut memuat naik gambar cermin belakang kereta Honda City Hatchback miliknya yang dipecahkan individu tidak dikenali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram