SEJAK terlibat dalam satu kes keganasan terhadap teman wanitanya, karier Mason Greenwood mula terumbang-ambing dengan penyokong Manchester United sukar menerima pemain sayap itu kembali ke Old Trafford.
Meskipun kini memilih untuk beraksi di La Liga bersama Getafe CF, namanya masih disebut-sebut kerana orang ramai enggan melihat kepulangannya selepas tempoh pinjamannya tamat.
Situasi itu mendesak bekas pemain antarabangsa England tersebut untuk mencari kelab baharu dengan pasukan di luar Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan pilihan terbaik.
BACA LAGI: Man United tolak peluang sain penyerang 'flop' Liga Arab Saudi
BACA LAGI: Tiada kad merah, tiada kecederaan', Ten Hag puji kekuatan pemain Manchester United
Greenwood kembali menemui rentaknya selepas menyertai Getafe CF di La Liga. — Agensi
Usaha itu kelihatan tidak sukar buatnya kerana baru-baru ini, gergasi bola sepak Eropah, Barcelona bersedia menerima khidmat pemain berusia 22 tahun terbabit.
Perkara berkenaan dikongsikan Presiden Getafe CF, Angel Torres yang menyatakan kelab itu menghubunginya untuk mendapatkan info sekiranya Greenwood tersedia untuk didapatkan.
Ini selepas beberapa laporan mengatakan Manchester United bersedia melepaskannya selepas juara 13 kali EPL berkenaan tidak mahu terlibat dengan kontroversi melibatkannya.
Barcelona perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja setiap kali jendela perpindahan. — Agensi
Barcelona bagaimanapun pasti bersedia untuk mendapatkan penyerang sayap berkenaan dengan kewangan tidak stabil mendesak mereka supaya lebih berhati-hati ketika berbelanja.
Skuad The Catalans itu pasti tertarik untuk mendapatkan Greenwood yang merekodkan 10 gol dan enam bantuan jaringan sepanjang 32 kali diturunkan dalam semua pertandingan.
Namun, keputusan sedemikian pastinya akan membuatkan sebahagian penyokong tidak selesa memandangkan kes melibatkannya masih belum selesai dibicarakan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram